KETUA WHIP Ahli Parlimen Pakatan Harapan (HARAPAN), Anthony Loke menafikan dakwaan bahawa gabungan itu telah mengetepikan parti-parti pembangkang lain dalam rundingan perjanjian keyakinan dan perbekalan (CSA) bersama kerajaan.
Dipetik laporan media, bekas Menteri Pengangkutan itu menyifatkan dakwaan Ketua Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Wilayah Persekutuan, Khairuddin Abu Hassan bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan gabungan pimpinannya itu mengetepikan parti pembangkang lain dalam rundingan CSA dengan kerajaan sebagai tidak berasas sama sekali.
Katanya, pimpinan tertinggi HARAPAN sudah mengadakan perbincangan dengan semua pimpinan parti pembangkang lain berkenaan proses rundingan dengan Putrajaya.
"Malah, satu taklimat khas disampaikan oleh pimpinan tertinggi HARAPAN kepada Presiden Pejuang, Mukhriz Mahathir berkenaan isi kandungan MOU (memorandum persefahaman) tersebut.
"Wakil parti Warisan juga dijemput untuk taklimat tersebut namun mereka tidak hadir," katanya.
Ahli Parlimen Seremban itu turut memberitahu bahawa beliau dimaklumkan Pejuang dan Warisan belum bersedia untuk menandatangani MOU dengan kerajaan.
"HARAPAN menghormati pendirian mereka, namun ia tidak bermaksud kita tidak boleh bekerjasama dalam isu yang lain," katanya dalam hantaran di Facebook.
Sementara itu beliau sekali lagi menegaskan keterbukaan HARAPAN untuk bekerjasama dengan pembangkang lain.
![]() |
HARAPAN terbuka untuk bekerjasama |
"Ia merupakan sebahagian daripada komitmen yang perlu dilaksanakan oleh kerajaan dalam MoU akan ditandatangani petang Isnin," katanya.
0 Comments