KERAJAAN disaran individu lain dilantik mengetuai Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan bukannya melantik Mahiaddin Md Yasin mempengerusikan majlis itu.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, MPN dibawah pimpinan Ahli Parlimen Pagoh itu sebelum ini tidak menampakkan hasil positif dengan jangkitan Covid-19 meningkat dengan mencecah puluhan ribu kes setiap hari.
“Sebab itu kita beritahu perdana menteri, sebaiknya lantiklah tokoh baharu dari kerajaan, kita tidak cadang wakil daripada pembangkang.
“Atau melantik individu lain yang ada pengalaman serta mampu mengendalikan MPN, janganlah ambil orang sama dan mengharapkan cadangan baharu yang boleh menyelesaikan masalah.
“(Ketika Muhyiddin) jadi perdana menteri, ada kuasa penuh semasa pelaksanaan darurat, banyak (perkara) gagal.Yang lebih menyulitkan adalah jumlah kematian dicatatkan negara kita adalah paling tinggi di dunia,” kata Ahli Parlimen Port Dickson itu.
![]() |
Mahiaddin gagal ketika ada kuasa penuh |
Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebelumnya bertanyakan pandangan Anwar adakah ia lebih baik melantik Mahiaddin sekali lagi dalam usaha memulihkan negara melalui MPN sedangkan ia gagal dilakukan Mahiaddin ketika mengepalai kerajaan Perikatan Nasional (PN).
0 Comments