BEKAS pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan dilapor meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 10.15 pagi tadi.
Berita kematian Zaman Khan,80, dimaklumkan Pengerusi dan Pemandu Majlis Perundingan Melayu (MPM), Mohamed Hanif Omar.
Difahamkan, jenazah akan disembahyangkan di Masjid Bukit Aman sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara selepas solat Asar.
Media melaporkan bahawa Allahyarham dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) awal bulan lalu selepas dilaporkan pengsan ketika menunggu janji temu dengan doktor.
Pada Januari tahun lepas, Zaman Khan pernah menjalani rawatan di hospital sama susulan pendarahan dalam usus.
Sebagai rekod, Allahyarham menyandang jawatan sebagai Pengarah JSJ Bukit Aman pada tahun 1993 dan bertanggungjawab dalam beberapa kes berprofil tinggi termasuk kes Botak Chin (Wong Swee Chin) serta P Kalimuthu yang dikenali sebagai Bentong Kali.

![]() |
Pernah menjawat jawatan Ketua Polis Selangor |
Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Polis Selangor dari 1975 hingga 1978 sebelum menamatkan perkhidmatan dalam pasukan beruniform sebagai Ketua Pengarah Penjara pada 1997.
0 Comments