MENTERI AGAMA perlu segera melaksanakan penubuhan Majlis Peguam Syarie seperti yang telah diperuntukkan dalam Akta Guaman Syarie yang telahpun diluluskan ketika zaman kerajaan Pakatan Harapan.
Aktivis politik, Jamzuri Ardani mendesak menteri Agama dari PAS supaya segera melaksana penubuhan penubuhan Majlis Peguam Syarie yang telah diluluskan ketika zaman pemerintahan Pakatan Harapan (HARAPAN).
Jamzuri melalui tulisannya berkata, majlis Guaman Syarie ini akan berfungsi bagi memperkasakan professionalisma para peguam syarie dan menjadi badan induk yang bebas dari kuasa eksekutif kerajaan bagi mengurus keperluan professionalisma amalan guaman syarie di negara ini.
“Jangan dok melilau-lilau tak tentu arah,” tulisnya dipercayai merujuk Naib Presiden PAS Idris Ahmad yang kini Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama).
Beliu turut membandingkan kejayaan menteri Agama terdahulu Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dalam memperkasa Islam di negera ini walaupun berdepan pelbagai tohmahan.
Antaranya, Dr Mujahid juga berjaya selamatkan kewangan Tabung Haji selain berjaya menyiapkan rangka awal untuk Akta Wakaf namun tidak sempat dibentang apabila kerajaan HARAPAN jatuh.
Dr Mujahid berusaha keras mahu mewujudkan lapisan rayuan Mahkamah Syariah agar pesalah dapat membuat rayuan ke peringkat mahkamah yang lebih tinggi sebelum menjalani hukuman.
Dalam isu penubuhan Majlies Peguam Syarie, Dr Mujahid ujarnya telah berjaya membawa usul berkenaan Akta Guaman Syarie yang tertangguh di bawah kerajaan BN sebelumnya ke Parlimen.
“Cuba tanya menteri lebai … apa kejayaan mereka sejak tebuk atap?” tanya Jamzuri.
Difahamkan, Selepas tertangguh selama 35 tahun, Akta Profesion Guaman Syarie (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2019 diluluskan di Dewan Negara pada 31 Julai 2019 lalu.
Kelulusan itu sekali gus memperkasa dan meningkatkan profesionalisme peguam syarie selain membebaskannya daripada pengaruh mana-mana pihak.
Akta yang akan dikuatkuasakan pada April 2020 itu, mempunyai 93 seksyen dan tiga Jadual yang lebih memfokuskan kepada keistimewaan peguam syarie, penubuhan firma, amalan dan etika profesional serta disiplin Peguam Syarie manakala Jadual pula berkaitan Lembaga Kelayakan Profesion Peguam Syarie, Badan Peguam Syarie serta kawalan harta dan dokumen peguam syarie.
![]() |
Segerakan penubuhan Majlis Peguam Syarie |
Dengan adanya Akta Profesion Guaman Syarie,ia membolehkan peguam syarie mengawal diri mereka sendiri seperti peguam bela dan peguam cara di Mahkamah Sivil.
0 Comments