KENYATAAN Presiden Bersatu, Mahiaddin Md Yasin mengenai sikapnya menyokong Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob menjadi perdana menteri dianggap sebagai sangat canggung.
Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin melalui satu kenyataan berkata, kecanggungan itu ialah bagaimana Mahiaddin yang merupakan Ahli Parlimen Pagoh itu dilihat mahu menggelapkan fakta atau mengalihkan perhatian masyarakat daripada kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang berada dibawah pentadbirannya sebelum ini.
Penjelasan itu seolah-olah dibuat hanya kerana Mahiaddin mahu memastikan partinya dan Perikatan Nasional (PN) berkuasa.
"Hakikatnya, kejatuhan PN disebabkan oleh desakan ketidakyakinan rakyat dan ia menjadi antara punca Umno menarik balik sokongan," kata Khaled mengulas tindakan beberapa Ali parlimen Umno menarik semula sokongan mereka yang menyebabkan Mahiaddin hilang sokongan sebagai perdana menteri.
Mahiaddin semasa menyampaikan ucapan sempena sambutan tahun kelima Bersatu berkata kepada ahli parti itu mengapa dia memberikan sokongan kepada Ismail Sabri menjadi perdana menteri adalah kerana mahu mengelakkan Pakatan Harapan (HARAPAN) kembali menjadi kerajaan dengan sokongan "kumpulan kleptokrat" dan Bersatu pula menjadi pembangkang.
Mahiaddin kebelakangan ini sering mensasarkan kumpulan itu bagi 'membersihkan imejnya', walaubagaimanapun ketika langkah Sheraton, dia turut mendapat sokongan golongan itu untuk dilantik sebagai perdana menteri selepas 'mencuri' mandat diberikan rakyat kepada HARAPAN.
Kleptokrat itu biasanya merujuk kepada beberapa watak utama dalam Umno sekarang termasuk bekas perdana menteri Najib Razak yang dibicarakan dalam skandal 1MDB.
Sementara itu menurut Khaled lagi, Mahiaddin bahawa pendirian untuk menganggap Umno secara umum sebagai pendukung kleptorat adalah tidak benar, malah sangat bercanggah dengan kesanggupannya kembali bekerjasama dengan ramai wakil Umno.
"Ketiga, penolakan Muhyiddin kepada HARAPAN dan sebahagian pemimpin Umno adalah bermusim dan sangat bersifat acuh tak acuh.
"Hal ini kerana, perdana menteri yang disokongnya memutuskan untuk bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin HARAPAN atau pembangkang yang lain sebagai satu pendekatan baru. Tidak terdapat sebarang bangkangan daripada Muhyiddin dalam hal ini," katanya lagi.
![]() |
Khaled kritik alasan diberikan Mahiaddin |
"Jelas bahawa Muhyiddin sekadar memberi helah dan mahu mengelirukan kita," katanya.
0 Comments