Lim Guan Eng sangkal fitnah pemuda parti Gerakan


AHLI PARLIMEN Bagan, Lim Guan Eng menyangkal dakwaan bahawa beliau telah melanggar syarat kuarantin kendiri yang bermula 1 hingga 10 September.

Dipetik laporan Sinar Harian hari ini, Setiausaha Agung DAP itu menjelaskan bahawa beliau hanya diberitahu mengenai perintah kuarantin itu pada 2 September berhubung setelah menghadiri Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

"Saya dituduh melanggar syarat kuarantin di rumah dari 1 hingga 10 September apabila saya menghadiri Persidangan DUN Pulau Pinang pada 2 September.

"Sebenarnya, saya hanya diberitahu pada 2 September bahawa saya mungkin berhubungan rapat dengan pesakit positif Covid-19 (sehari sebelum itu). bermakna, saya diberitahu mengenai kuarantin kendiri itu selepas saya menghadiri Persidangan DUN Pulau Pinang," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Pada Rabu, Pemuda Parti Gerakan Pulau Pinang membuat laporan polis terhadap Guan Eng.

Mohd Aswaad Jaafar yang merupakan ahli sayap parti itu mempersoalkan kehadiran bekas Ketua Menteri itu di sidang DUN, sedangkan menurut pemahamannya Guan Eng  diarah menjalani kuarantin kendiri kerana menjadi kontak rapat kepada pesakit Covid-19.

Guan Eng juga turut menafikan dakwaan kononnya beliau telah keluar secara terbuka untuk mengedarkan bungkusan makanan kepada pengundi di kawasannya pada 2, 4 dan 8 September.

"Saya tidak pergi ke khalayak ramai untuk mengedarkan bungkusan makanan selepas 2 September. Hantaran Facebook mengenai pengedaran bungkusan makanan di kawasan Parlimen Bagan dibuat beberapa kali pada atau sebelum 31 Ogos.

Guan Eng sangkal tuduhan tak berasas


"Wakil rakyat DAP seperti Phee Boon Poh, Soon Lip Chee dan Sateesh Muniandy serta penerima yang hadir juga dapat membuktikan pengedaran bungkusan makanan yang dilakukan pada atau sebelum 31 Ogos.


"Hantaran Facebook mengenai pengedaran bungkusan makanan itu dibuat bukan pada hari yang sama tetapi setelah beberapa hari selepas program tersebut," katanya sambil menegaskan beliau turut telah diuji negatif walaupun masih menjalani kuarantin kendiri.

Post a Comment

0 Comments