AHLI PARLIMEN Klang, Charles Santiago menyelar “helah jangkitan Covid-19” sebagai alasan untuk menangguhkan persidangan Dewan Rakyat.
Dipetik laporan media, beliau mengingatkan Putrajaya bahawa rakyat menyedari putar belit kerajaan dikepalai Mahiaddin Md Yassin yang terdesak mengekalkan kuasa.
Dengan tekanan semakin meningkat terhadap kerajaan daripada semua pihak, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Kabinetnya, Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun serta timbalannya tegas beliau tiada pilihan selain meletak jawatan.
“Itu pun kalau mereka ada rasa malu.” katanya dipetik.
Mengulas lanjut Charles berkata dengan pengangguhan Dewan itu, Mahiaddin cuba melengahkan masa kerana tidak dapat menjelaskan pembatalan Ordinan-ordinan Darurat yang dikatakan dibuat tanpa perkenan Yang di-Pertuan Agong.
“Rakyat bukannya bodoh. Mereka tahu putar belit itu untuk menghalang Ahli Parlimen mengundi berhubung darurat, yang jelas akan menunjukkan Muhyiddin cuma mempunyai majoriti tipis. Itu pun kalau ada sokongan langsung.” tambahnya.
Beliau turut menyelar tindakan kerajaan memperguna pihak polis termasuk dengan menutup jalan ke Parlimen semalam.
![]() |
Tembalang k'jaan Mahiaddin sudah pecah |
“Memalukan untuk tetap enggan melepaskan kuasa walaupun tembelang sudah pecah, terutama apabila tadbir urus baik diperlukan untuk meredakan keadaan akibat wabak yang menular kini.” katanya sambil menegaskan bahawa dengan beberapa siri protes diadakan menunjukkan tekanan terhadap kerajaan oleh orang ramai semakin meningkat.
0 Comments