JAGUH powerlifting negara,Bonnie Bunyau Gustin menghadiahkan pingat emas untuk negara dalam temasya sukan Sukan Paralimpik Tokyo hari ini.
Tidak sekadar itu, Atlet kelahiran Serian, Sarawak tersebut turut memecahkan rekod Paralimpik dalam acara Powerlifting lelaki 72 kg yang dipegang Rasool Mohsin dari Iraq pada Rio 2016 iaitu 227kg.
Keputusan itu meyaksikan dia berjaya mengatasi pencabarnya dari Mesir, Mahmoud Attia yang melakukan angkatan 191 kg untuk pingat perak.
Pingat gangsa menjadi milik Mickey Yule dari Great Britain selepas melakukan angkatan seberat 182 kg.
![]() |
Bonnie harumkan nama negara |
Bonnie tidak berjaya memecah rekod dunianya sendiri iaitu 230 kg yang dilakukan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu apabila gagal melakukan angkatan seberat 231 kg dalam percubaan keempatnya.
0 Comments