MAHIADDIN Md Yassin dilihat cuba sekali lagi mencetuskan ‘scheme of things’ bagi menyelamatkan diri dan mengelak kerajaan pimpinannya jatuh.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang dipetik laporan Sinar berkata, penagguhan Parlimen adalah tindakan tidak masuk akal yang secara jelas menunjukkan Muhyiddin sedang ‘membeli’ masa bagi mengumpulkan sokongan.
“Sekarang kita boleh lihat Muhyiddin menggunakan pendekatan ‘gua tolong lu, lu tolong gua’ untuk selamatkan dirinya.
"Dia tiada sokongan majoriti dan secara tidak langsung hilang sokongan dan kerajaannya jatuh. Kabinet atau jemaah menterinya juga sepatutnya terbubar.
“Kita akan melihat perkembangan selepas ini dan walaupun saya percaya bahawa Muhyiddin cuba mengelak sidang Parlimen diteruskan semalam (Isnin) dengan alasan Covid-19, pada saya alasan itu hanya alasan yang direka, sebaliknya dia sedang ‘membeli’ masa,” katanya dipetik laporan itu.
Mahfuz mengulas perkembangan semasa yang menyaksikan beberapa pemimpin Umno menarik semula sokongan terhadap Mahiaddin yang sekaligus diandaikan bahawa Ahli Parlimen Pagoh itu sudah kehilangan jawatan Perdana Menterinya.
Namun Mahiaddin bertegas masih memiliki majoriti sokongan dan menyatakan kesediaan untuk satu usul undi percaya terhadapnya dijalankan pada September nanti.
Majlis Presiden Pakatan Harapan (HARAPAN) dan pemimpin pembangkang dalam perkembangan terkini bagaimanapun mendesak supaya usul itu dijalankan secepat mungkin minggu depan.
Ditanya ahli Parlimen yang terlibat dalam penarikan sokongan terhadap Muhyiddin, Mahfuz mendakwa, Muhyiddin kehilangan majoriti apabila UMNO menyatakan penarikan sokongan terhadap Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu.
![]() |
Mahiaddin sedang 'membeli masa' kata Mahfuz |
Ia turut disertai Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor dan Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan Idris.
Beberapa pemimpin Umno berjawatan dalam kerajaan dan Syarikat berkait kerajaan sudah meletakkan jawatan sebagai memenuhi ketetapan Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada 7 Julai lalu yang tidak lagi menyokong mahaiaddind an PN.
0 Comments