BEKAS timbalan menteri Lajim Ukin meninggal dunia kira-kira jam 6.23 pagi tadi selepas dijangkiti wabak Covid-19.
Perkembangan itu menyusul selepas laporan sebelum ini yang menyatakan Pengerusi Amanah Ikhtiar Malaysia ditidurkan untuk menerima rawatan.
Lajim yang juga ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu dirawat di sebuah hospital di Kota Kinabalu sejak 13 Ogos lalu.
Berita kematian Lajim dikongsikan Amanah Ikhtiar Malaysia di Facebook pagi ini, manakala isterinya, Normilah Siong mengesahkan perkara itu seperti dilapor Sinar Harian
"Ya benar, beliau telah meninggal pada jam 6.23 pagi tadi dan saya telah menerima panggilan daripada pihak hospital.
"Setakat ini masih di Hospital KPJ namun jenazahnya saya akan bawa juga pulang ke Beaufort," katanya.
![]() |
Jenazah dijangka dikebumikan di Beaufort |
Allahyarham juga menjadi adun Klias selama enam penggal, setelah menang pada 1986 ketika bersama Parti Bersatu Sabah. Dia kemudian menyertai Umno pada 1994, dan kemudian menyertai KEADILAN dan menjadi ketua pembangkang di DUN pada 2013-2016.