HARAPAN digesa kaji semula cadangan kerjasama dengan Ismail Sabri


SEORANG pemimpin sayap pemuda Pakatan Harapan (HARAPAN) menggesa pucuk pimpinan gabungan itu menilai semula kesediaan untuk bekerjasama dengan Ismail Sabri Yaakob.

Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional Muhammad Taquiddin Che Man membuat gesaan itu susulan pengumuman barisan kabinet Ismail yang dikritik baru-baru ini.

Menurut Taquiddin, pertimbangan dan penelitian lebih mendalam wajar dibuat sebelum sebarang bentuk kerjasama atau persefahaman dimaterai bersama kerajaan supaya HARAPAN tidak terheret dalam kegagalan yang mungkin akan diulangi oleh kerajaan Ismail.

“Kami bimbang sekiranya semua yang dipersetujui tidak ditunaikan seperti yang diharapkan, ia sekali gus mengheret HARAPAN bersama dalam menanggung kegagalan kerajaan di bawah pimpian Ismail Sabri ini,”katanya melalui kenyataan.

Mengulas lanjut beliau berkata, pengumuman kabinet baharu oleh Ismail seolah-olah menunjukkan beliau ketandusan pemimpin yang berkebolehan untuk diberi tanggungjawab sebagai Menteri dalam kerajaan.

Dengan hanya membuat rombakan kecil untuk beberapa portfolio, sebahagian besar menteri yang berada dalam kebinet semasa Mahiaddin mengetuai kerajaan dikekalkan meskipun telah terbukti gagal.

Dalam pada itu, katanya barisan kabinet ini juga dilihat gagal menterjemah aspirasi rakyat yang mahu sebuah pasukan baharu yang lebih berwibawa untuk membawa Malaysia keluar dari masalah yang sedang dihadapi.

“Pemuda AMANAH juga ingin melahirkan kebimbangan sama ada jalinan kerjasama antara kerajaan bersama Pakatan Harapan yang dirundingi baru-baru ini mampu mencapai agenda reformasi dalam menggubal dasar serta polisi pro-rakyat seperti yang dinyatakan,” kata ADUN Pulai Sebatang itu lagi.

Nilai semula cadangan kerjasama


Warganet sebelum ini membidas pengumuman kabinet baharu yang dianggap sebagai kitar semula pemimpin kerajaan Mahiaddin.


Kerajaan Mahiaddin yang bertahan kurang 18 bulan didakwa sebagai sebuah kerajaan yang gagal.

Post a Comment

0 Comments