PAKATAN HARAPAN (HARAPAN) mesti dipilih bagi mengetuai kerajaan perpaduan sekiranya ia perlu ditubuhkan bagi mengatasi krisis politik di negara ini.
Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad yang dipetik Astro Awani memberi alasan gabungan itu perlu mengetuai kerajaan kerana mereka mempunyai bilangan terbesar Ahli Parlimen setakat ini.
"Oleh kerana itu, sekiranya mahu dibentuk atau ditubuhkan kerajaan perpaduan, maka PH lah sepatutnya menjadi induknya, menjadi nukleasnya kerana kita adalah jumlah teramai," katanya dipetik.
Khalid sebelumnya mengulas situasi terkini dimana Mahiaddin Md Yasin didakwa sudah hilang majoriti sokongan dalam dewan, sekaligus membuka ruang untuk kerajaan sekali lagi bertukar.
Pada Rabu, Khalid dilaporkan mahu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kembali ke pangkal jalan dengan menyerahkan kembali pemerintahan negara kepada HARAPAN yang memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.
Sementara itu tambahnya, Amanah masih kekal dengan pendirian bahawa kerajaan perpaduan itu mesti diketuai HARAPAN, mereka menolak sekiranya cadangan kerajaan perpaduan ini datangnya dari kerajaan sedia ada yang terbukti telah gagal menguruskan negara .
"Kalau cadangan itu datang dari kerajaan sekarang ini maknanya dia nak memimpin, kalau dia nak memimpin kita minta maaf kerana mereka sudah memimpin selama setahun lebih dan kita nampak bahawa mereka tidak mampu atau tidak layak untuk memimpin sama ada Perikatan Nasional (PN) atau Barisan Nasional (BN).
"Kedua-duanya sudah gagal, keadaan pandemik menjadi semakin teruk, keadaan ekonomi pun teruk, maka bagi kami kerajaan perpaduan yang hendak dibina mesti dipimpin oleh PH kerana kami bukan sebahagian daripada kerajaan gagal ini," katanya lagi.
mengulas isu siapa sepatutnya menjadi Perdana Menteri sekiranya kerajaan perpaduan itu dibentuk, Khalid menegaskan bahawa ia perlu datangnya dari gabungan tersebut.
![]() |
Anwar calon sesuai ketuai k'jaan baharu |
"Tetapi buat masa ini cadangan yang hendak kita (HARAPAN) kemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong ialah biarlah HARAPAN memimpin kerajaan perpaduan yang hendak dibentuk.
"Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dari Pakatan Harapan," katanya lagi
0 Comments