Empat anggota TUDM maut dalam insiden tembakan di Skuadron 330


PIHAK 
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan kejadian insiden tembakan berlaku di unit TUDM, Kota Samarahan, Kuching, Sarawak, hari ini.

Markas Tentera Udara dalam kenyataan memaklumkan, insiden itu berlaku pada pukul 7.15 pagi di Balai Pengawal Handau Skuadron 330 TUDM ketika waktu anggota bertugas.

Empat warganya terbunuh dalam kejadian itu.

“TUDM mengesa semua pihak agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi sehingga proses siasatan oleh PDRM selesai. Seterusnya TUDM akan menubuhkan satu lembaga penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian,” kata kenyataan itu .

Berdasarkan kenyataan itu lagi, pihak TUDM menyerahkan kes kejadian kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan.

Terdahulu, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail yang mengesahkan kejadian itu dan pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut keatas kejadian tersebut.

Manakala Ketua Polis Daerah Samarahan, DSP Sudirman Kram pula dipetik laporan media berkata maklumat awal kejadian mendapati suspek dipercayai mengamuk dan masuk ke balai pengawal di kem Handau Skuadron 330 seterusnya mengambil senjata api.

Kejadian itu yang berlaku ketika masa serah tugas dengan seorang anggota TUDM dipercayai menembak tiga rakannya sebelum menembak diri sendiri.

"Suspek sempat bertanya nak hidup atau mati. Kpl U Sharif Mohd Siddiq cuba menenangkan suspek tetapi suspek telah melepaskan tembakan dan terkena perut Shariff. Mendengar bunyi tembakan, kesemua saksi bertempiaran lari menyelamatkan diri.

Empat terbunuh dalam kejadian tembakan
“Mangsa yang cedera parah sempat memandu kenderaan sendiri mendapat rawatan di klinik tentera dalam kem berkenaan. Namun mangsa yang cedera di bahagian perut kritikal dan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Pusat Jantung Kota Samarahan,”katanya.

Difahamkan dua rakannya yang ditembak maut serta-merta di tempat kejadian.

Post a Comment

0 Comments