HARAPAN kukuhkan gabungan dibawah kepimpinan Anwar

 


SEMUA parti politik dibawah gabungan Pakatan Harapan (HARAPAN) mengulangi komitmen untuk memperkukuhkan kedudukan blok pembangkang bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penegasan itu dibuat gabungan parti politik itu ketika muncul suara-suara  yang mempersoalkan keberkesanan kepemimpinan HARAPAN ekoran kegagalan mendapatkan semula kerajaan yang dirampas melalui Langkah Sheraton tahun lalu.

Dalam kenyataan tersebut, gabungan itu berkata akan terus mengadakan kerjasama dengan parti pembangkang lain menerusi konsep “khemah besar” yang telah dipersetujui rakan parti dalam gabungan itu sebelum ini.

"Usaha menggembleng tenaga tersebut menerusi 'khemah besar’ dalam kalangan ahli pembangkang mesti diberikan keutamaan mengatasi percaturan politik kuasa yang diperalat oleh pihak tertentu untuk merebut kuasa serta jawatan yang hanya merugikan negara.

“Pakatan Harapan juga akan meneruskan tugas di Parlimen sebagai pembangkang yang memberikan kritikan, teguran, syor dan pandangan yang membina dan bertanggungjawab, sesuai dengan titah nasihat Agong demi memastikan proses semak imbang ke atas kuasa eksekutif terus dilaksana,” kata mereka.

Gabungan pembangkang pada minggu lalu cuba mendapatkan semula mandat untuk mentadbir kerajaan pusat selepas Mahiaddin Md Yasin disingkirkan melalui langkah dibuat Umno.

Bagaimanapun cubaan itu gagal apabila Anwar hanya mendapat 105 sokongan daripada ahli parlimen pembangkang serta bebas. Ia berlaku ketika wujud hubungan di antara Anwar dengan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sebelumnya.

Bagaimanapun cubaan itu gagal apabila Anwar hanya mendapat 105 sokongan daripada ahli parlimen pembangkang serta bebas berbanding 114 sokongan diperolehi Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob yang disokong Ahli Parlimen yang HARAPAN yang sebelum ini melompat parti, serta Ahli Parlimen dari parti yang kalah pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Kejayaan Ismail itu dianggap membawa Umno kembali menguasai kerajaan di sebalik kekalahan mereka pada 2018 lalu.

HARAPAN giat usaha kembalikan mandat
Sementara itu dalam kenyataan sama,  HARAPAN turut menegaskan bahawa “Segala persiapan menuju pilihan raya umum ke-15 akan dipergiat termasuk perbincangan kerusi, manifesto, barisan kepimpinan dan calon, serta strategi untuk memenangi mandat rakyat.

Mereka turut merakamkan penghargaan buat 105 Ahli Parlimen yang menyokong Anwar dalam usaha mendapatkan semula mandat pentadbiran diberikan rakyat kepada gabungan itu sebelum ini.

 

Post a Comment

0 Comments