KERAJAAN harus menyemak semula Pelan Pemulihan Negara (PEMULIH) dan tidak menunggu hingga hujung tahun untuk melonggarkan sekatan, kata seorang ahli ekonomi.
Yeah Kim Leng dari Universiti Sunway berkata, strategi untuk melawan pendemik Covid-19 mesti difikir semula bagi mencegah ia menyebabkan kemusnahan ekonomi.
Beliau yang dipetik laporan FMT menegaskan bahawa “kerosakan terlalu banyak” sedang dilakukan pada ekonomi berikutan sekatan kawalan pergerakan (PKP) berulang kali yang menyaksikan banyak perniagaan hampir gulung tikar.
“Jika kita menunggu hingga Oktober untuk membuka semua sektor, kerosakan mungkin tidak dapat dipulihkan,” katanya sambil menegaskan bahawa sebilangan perniagaan cendrung muflis sekiranya tidak dibuka 'segera' dalam tempoh sebulan ini.
Di bawah pelan pemulihan, Malaysia akan beralih ke Fasa 2 daripada penutupan semasa apabila kes Covid-19 menurun di bawah 4,000 setiap hari dan 10% penduduk sudah diberi vaksin.
Fasa 3 akan bermula selepas kes harian turun menjadi 2,000 dan Fasa 4, di mana semua sektor akan dibuka, bermula apabila jangkitan harian menurun kepada 500.
Dengan berkata kebanyakan perniagaan makanan dan minuman, pengangkutan, hotel dan industri tempatan yang lain tidak akan bertahan dalam sekatan di bawah Fasa 1 pelan pemulihan, Yeah menegaskan bahawa strategi perlu ditukar dengan pelaksaannya dilaksana di peringkat tempatan.
“Ia akan memberi impak kos jika sekatan dilakukan di seluruh negara dengan menunggu jumlah jangkitan menurun.
"Pertarungan melawan pandemik ini harus dibawa ke peringkat tempatan dengan sekatan lebih ketat,” kata Yeah.
Selain itu, beliau turut mencadangkan kerajaan sekurang-kurangnya membenarkan orang ramai makan di restoran untuk dua orang dengan SOP yang ketat sekiranya kes Covid dalam industri makanan dan minuman rendah.
“Kerajaan memerlukan tindakan berdasarkan bukti karena langkah-langkah sedia ada ini mungkin tidak produktif,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi pakar ekonomi, Barjoyai Bardai dari Universiti Tun Abdul Razak yang dipetik laporan sama membuat gesaan supaya kerajaan PN mengakui bahawa Covid-19 kini menjadi endemik.
“Kami tidak lagi dapat mensasarkan sifar kes Covid tetapi harus menetapkan SOP yang berlainan untuk sektor yang berbeza,” katanya sambil memberi amaran bahawa penutupan penuh ini akan menyebabkan peningkatan kemiskinan jumlah isi rumah di negara ini.
Yeah Kim Leng dari Universiti Sunway berkata, strategi untuk melawan pendemik Covid-19 mesti difikir semula bagi mencegah ia menyebabkan kemusnahan ekonomi.
Beliau yang dipetik laporan FMT menegaskan bahawa “kerosakan terlalu banyak” sedang dilakukan pada ekonomi berikutan sekatan kawalan pergerakan (PKP) berulang kali yang menyaksikan banyak perniagaan hampir gulung tikar.
“Jika kita menunggu hingga Oktober untuk membuka semua sektor, kerosakan mungkin tidak dapat dipulihkan,” katanya sambil menegaskan bahawa sebilangan perniagaan cendrung muflis sekiranya tidak dibuka 'segera' dalam tempoh sebulan ini.
Di bawah pelan pemulihan, Malaysia akan beralih ke Fasa 2 daripada penutupan semasa apabila kes Covid-19 menurun di bawah 4,000 setiap hari dan 10% penduduk sudah diberi vaksin.
Fasa 3 akan bermula selepas kes harian turun menjadi 2,000 dan Fasa 4, di mana semua sektor akan dibuka, bermula apabila jangkitan harian menurun kepada 500.
Dengan berkata kebanyakan perniagaan makanan dan minuman, pengangkutan, hotel dan industri tempatan yang lain tidak akan bertahan dalam sekatan di bawah Fasa 1 pelan pemulihan, Yeah menegaskan bahawa strategi perlu ditukar dengan pelaksaannya dilaksana di peringkat tempatan.
“Ia akan memberi impak kos jika sekatan dilakukan di seluruh negara dengan menunggu jumlah jangkitan menurun.
"Pertarungan melawan pandemik ini harus dibawa ke peringkat tempatan dengan sekatan lebih ketat,” kata Yeah.
Selain itu, beliau turut mencadangkan kerajaan sekurang-kurangnya membenarkan orang ramai makan di restoran untuk dua orang dengan SOP yang ketat sekiranya kes Covid dalam industri makanan dan minuman rendah.
“Kerajaan memerlukan tindakan berdasarkan bukti karena langkah-langkah sedia ada ini mungkin tidak produktif,” katanya.
![]() |
Kerosakan mungkin tak dapat dipulihkan |

0 Comments