Mahiaddin kalah kepada Anwar dalam undian siapa calon PM pilihan


PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pilihan utama calon perdana menteri seterusnya.

Berdasarkan kaji selidik Sinar Harian, Anwar yang adalah Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) memperoleh peratusan tertinggi iaitu sebanyak 45.76 peratus diikuti Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan jumlah 24.54 peratus.

Mahiaddin Md Yassin yang mengangkat sumpah perdana menteri ke-8 melalui 'langkah Sheraton' yang menyaksikan beberapa Ahli Parlimen berpaling tadah dan membentuk kerjasama dengan beberapa parti politik pada Febuari tahun lalu hanya mandapat kurang 15 peratus undi wargamaya.

Dapatan undian secara dalam talian itu melibatkan 1,207 netizen di semua platform media Sinar Harian dengan enam calon pilihan dan keputusan diumumkan pada Wacana Sinar Live Edisi 269 bertajuk PM9: Abah atau siapa? pada Selasa.

Sebagai rekod, Anwar dijanjikan jawatan perdana menteri bagi menggantikan Tun Dr Mahathir Mohammad susulan keputusan Pilihan raya Umum (PRU) lalu yang menyaksikan HARAPAN mengalahkan Umno-BN.

Walau bagaimanapun, janji itu tidak tertunai setelah Mahathir yang merupakan bekas Pengerusi Bersatu meletak jawatan sebagai perdana menteri sehingga mencetuskan krisis politik dalam negara.

Anwar yang pernah menjawat jawatan Menteri Kewangan pada lewat era 90-an pernah dinobatkan Menteri Kewangan terbaik Asia, malah pengalaman luasnya melayakknya menjawat jawatan pemangku Perdana Menteri sebelum disingkir dari kerajaan susulan krisis politik pada 1998.

Anwar calon pilihan utama rakyat
Selain tiga pemimpin tersebut, Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan turut dicalonkan, namun berada di tangga keempat dengan hanya 6.74 peratus undian.

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar memperoleh sebanyak 4.57 peratus undian manakala Ahli Parlimen Sembrong,  Hishammuddin Tun Hussein yang sebelum ini dikaitkan dengan khabar angin kononnya berusaha untuk melobi jawatan itu hanya memperoleh 3.89 peratus atau kurang kira-kira 12 kali undian berbanding Anwar.

Post a Comment

0 Comments