PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pelan Pemulihan Negara (PPN) yang diumumkan kerajaan dikepalai Mahiaddin Md Yassin sekadar indah khabar dari rupa.
Bekas Menteri Kewangan terbaik Asia lewat era 90-an itu dalam satu siaran media yang disiarkan secara langsung di laman Facebooknya menjelaskan bahawa pelan itu belum tentu dapat menyelamatkan rakyat dalam situasi sukar ketika ini.
Lebih membimbangkan tegas Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu lagi, pelan diumumkan itu dilihat lebih kepada menyelamatkan syarikat besar dan institusi kewangan.
"Bunyi besar RM250 bilion, suntikan sebenar RM10 bilion, kerana yang lain, i-Sinar duit rakyat, moratorium duit dengan bank.
"Moratorium pun belum pasti, perlu pergi ke bank buat perjanjian baru, faedah mesti dibayar. Ini semua bukan penyelesaian ini nak selamatkan syarikat-syarikat besar, bank.
"Kalau benar nak menyelamatkan rakyat kena susahlah sedikit, tak kan bank boleh jatuh? Untung berbilion," katanya.
Mahiaddin yang menerima rawatan hari ini kerana cirit birit pada 28 Jun lalu mengumumkan pakej bernilai RM150 bilion yang diberi nama "Pemulih", singkatan kepada Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi.
Dalam pada itu Anwar berkata, bantuan kewangan yang dilaksanakan melalui program Pemerkasa dan PemerkasaPlus yang berjumlah RM340 bilion dan Pemulih berjumlah RM150 bilion, adalah suatu yang dialu-alukan.
Namun tambahnya, jumlah bantuan yang diumumkan kerajaan dalam pelan yang dikemukakan sekadar angka-angka kayangan.
"Malangnya program-program ini dilaksanakan bawah anggapan bahawa ia sudah mencukupi untuk mengatasi dan melangkaui kemelut Covid-19 yang berpanjangan.
Program disifatkan tak mencukupi |
"Telah pun saya jelaskan bahawa ia merupakan angka-angka kayangan, imaginarynumbers.
“Anggaran pendapatan kerajaan persekutuan adalah jauh lebih meleset daripada apa yang dijangkakan," tambahnya lagi.
0 Comments