PUTERA kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan mengingatkan bahawa penting untuk institusi pentadbiran negara disokong oleh kepercayaan rakyat serta asas Perlembagaan yang kukuh.
Bercakap dalam satu forum Maya anjuran Projek Sunway bagi Hubungan Asia dan Antarabangsa di Petaling Jaya semalam Tunku Zain Al-Abidin Tuanku Muhriz berkata, hilangnya kepercayaan rakyat terhadap institusi itu hanya akan membawa “kemudaratan besar” terutama ketika negara berdepan pandemik
Tunku Zain yang juga presiden pengasas Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), berkata sepanjang tahun lalu, persoalan mengenai kepimpinan, akauntabiliti dan ketelusan turut mengiringi keputusan berkaitan cara menangani pandemik Covid-19.
“Jika kita mahu melangkau kelangsungan hidup selepas pandemik, kita perlu menjawab persoalan ini, kita tidak teruskan seperti semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja," tambah Tunku.
Tambahnya, institusi yang kukuh disokong keyakinan rakyat akan membawa kepada kestabilan dan memastikan dasar mempunyai tahap kebolehramalan.
“Ini adalah penting untuk kestabilan, kemakmuran dan kebahagiaan,” tambahnya.
Tunku Abidin turut memberi amaran bahawa tanpa kepercayaan dari rakyat, matlamat negara seperti pelan induk ekonomi digital dan pembangunan mampan tidak akan tercapai.
"Ia tidak membantu apabila institusi itu sendiri dicemari rasuah, kurang ketelusan dan akauntabiliti, atau menyebabkan kerosakan terhadap ekonomi serta alam sekitar.
"Apabila rakyat hilang kepercayaan terhadap institusi, ia membuka peluang kepada “pelampau” untuk melemahkan masyarakat, yang sepatutnya berdasarkan konsensus.
“Selepas tahap tertentu, jika hakisan kepercayaan terlalu banyak, membina semula konsensus menjadi sukar.“Itu sebabnya cabaran untuk kita adalah mengembalikan harapan dalam rakyat untuk mempercayai institusi, yang Perlembagaan Persekutuan masih layak ditegakkan dengan sistem demokrasi berparlimen mampu mengeluarkan kita daripada pandemik ini.” tambahnya. Kepercayaan rakyat perlu dipelihara, kata Tunku Abidin
Dengan tekanan dihadapi rakyat terutama peningkatan kadar kemiskinan ia jelas Tunku Abidin hanya akan memburukkan lagi ketidakpercayaan sebahagian penduduk yang tidak merasakan keperluan mereka dijaga.
0 Comments