Jajaran baharu: Pemuda PAS dan Bersatu tak perlu sibuk urusan parti lain


SAYAP Pemuda PAS dan Pemuda Bersatu negeri Perak dikecam susulan kenyataan mereka berhubung idea penjajaran baharu politik melibatkan Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Umno.

Ketua Pemuda Amanah Perak, Khairol Najib Hashim dipetik laporan media berkata, kedua-dua parti dalam PN itu sepatutnya menjaga hal parti mereka sendiri dan tidak perlu masuk campur urusan parti lain.

Ia tambahnya apabila PAS dan Bersatu sendiri diselubungi pelbagai masalah termasuk isu ketidakpercayaan sesama mereka.

“Gesaan mereka kepada Umno untuk tidak bekerjasama dengan parti lain adalah bukti ketakutan mereka yang sedar bahawa mereka akan hilang kekuatan yang selama ini ditunjangi Umno.

“Semua orang sedar bahawa tema perpaduan ummah itu hanyalah wayang dan tunggangan PAS dan Bersatu demi kuasa. Jauh sekali untuk menjaga kepentingan ummah seperti yang diwar-warkan,” katanya dipetik.

PAS dan Bersatu dinasihatkan jaga lain sendiri
Dalam kenyataan berasingan beberapa hari lalu, sayap pemuda PAS dan Bersatu itu mengeluarkan kenyataan menolak sebarang bentuk jajaran baru dengan DAP.

Idea mengenai jajaran politik baru itu telah mula diperkata sejak krisis di Perak tahun lalu, dan masih kedengaran sehingga baru-baru ini. sekiranya ia direalisasikan, kerjasama itu mampu merobohkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dikepalai Ahli Parlimen Pagoh, Mahiaddin Md Yassin ketika ini.

Keasbahan sokongan Mahiaddin sebagai perdana menteri sendiri dipersoalkan, malah sehingga kini Presiden Bersatu itu tidak membuktikkan sokongan Ahli Parlimen yang didakwa menyebelahinya.

Sementara bagi PAS pula, Khairol Najib berkata, isu-isu yang sebelum ini digunakan parti politik pimpinan Abdul Hadi Awang  sebagai modal politik  untuk menghentam HARAPAN sebelum ini sudah tidak lagi mampu menipu rakyat.

Perjuangan dicanang mereka dalam isu judi, arak dan pelaksanaan hudud melalui pindakaan RUU355 tidak terlaksana walaupun kini mereka telah menjadi kerajaan jelas Khairol Najib,

Justeru tambahnya, Pemuda PAS dan Bersatu sewajarnya menggesa kepemimpinan parti mereka untuk mematuhi titah Yang di-Pertuan Agong agar segera membuka semula parlimen serta mempercepat vaksinasi di seluruh negara berbanding mencampuri urusan parti lain.
 

Post a Comment

0 Comments