MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali untuk membatalkan tuntutan yang dikemukakan oleh 10 pengundi kawasan diwakilinya kerana didakwa melanggar kewajipan fidusiarinya dengan mengkhianati janji pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Hakim Akhtar Tahir menolak permohonan Azmin dengan alasan ada isu yang perlu diadili sebelum perbicaraan penuh.
Peguam yang mewakili pengundi Gombak berkenaan, N Yohendra mengesahkan keputusan prosiding.
"Hakim telah menolak permohonan pembatalan oleh Azmin Ali dan juga permohonan kami dengan kos dalam kausa, ”katanya dipetik.
Susulan keputusan itu, Mahkamah akan akan meneruskan perbicaraan terhadap bekas Timbalan Presiden KEADILAN itu yang berpaling tadah bagi membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) dari 7 hingga 10 Jun 2022.
Perbicaraan untuk Azmin memohon membatalkan saman itu hari ini dijalankan secara atas talian. Azmin berusaha membatalkan saman berkenaan kerana mendakwa ia melanggar hak asasinya untuk berpersatuan di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Terdahulu, kumpulan pengundi tersebut dalam tuntutan mereka berkata, Azmin mempunyai kewajipan fidusiari dan merupakan pemegang amanah bagi kawasan pilihan rayanya itu.
Plaintif mendakwa Azmin telah melanggar kepercayaan mereka dengan bekerjasama dengan BN dalam "Langkah Sheraton" dan menyebabkan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN), walaupun dia berkempen dan memenangi kerusi Parlimen Gombak atas tiket KEADILAN \ HARAPAN.
Mereka mempertikaikan bahawa Azmin meninggalkan mengatur “Langkah Sheraton” untuk kepentingan diri dan kemajuan politiknya sendiri, bukan sebagai manfaat bagi konstituennya.Azmin didakwa langgar kepercayaan pengundi
Sehubungan itu, wakil pengundi Gombak itu memohon deklarasi bahawa beliau melanggar sumpah jawatannya untuk melindungi, memelihara dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.
0 Comments