ANGKATAN MUDA KEADILAN (AMK) mengkritik cadangan penubuhan Majlis Gerakan Negara ( MAGERAN) diusulkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad kepada Agong.
Melalui satu kenyataan Ketua Pengerangan AMK, Aizuddin Ariffin berkata, pada dasarnya MAGERAN seperti ditubuhkan pada 1969 adalah berperanan untuk memastikan ketenteraman awam, memastikan pentadbiran negara berjalan dengan baik dan mengawal keadaan harmoni serta saling mempercayai di kalangan rakyat pelbagai kaum susulan tragedi 13 Mei.
"Oleh itu, cadangan yang diutarakan oleh Tun untuk menubuhkan sebuah badan seperti MAGERAN atau MAGERAN ala Mahathir harus ditolak,"jelasnya.
Tambah Aizuddin lagi, cadangan Mahathir itu hanya untuk mengangkat kelompok Elitas untuk berkuasa dan mengawal negara dengan menolak amalan demokrasi.
Justeru tambahnya, beliau menyambut baik kenyataan pimpinan Pakatan Harapan (HARAPAN) yang dilihat lebih rasional iaitu agar
parlimen kembali dibuka darurat ditamatkan segera.
"Bagi menangani
kemelut yang melanda baik segi ekonomi, pentadbiran, politik serta
sosial , amalan demokrasi harus dilaksana dengan baik," katanya dalam kenyataan itu.
Beliau sementara itu turut menyelar kenyataan Mahathir kononnya Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim tiada solusi untuk menangani isu sekarang. AMK bidas tuduhan Tun terhadap Anwar
"Kenyataan Tun tak lain tak
bukan bertujuan memberi imej negatif kepada saudara Anwar. Ini bukan
kali pertama.
"Ternyata Tun terdesak tatkala rakyat semakin yakin dengan
kepimpinan saudara Anwar Ibrahim dan rakyat tidak lagi percaya kepada
Tun," tambahnya dalam kenyataan.
0 Comments