SEORANG pemimpin KEADILAN Sabah menyifatkan Presiden Parti itu yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) sebagai individu yang mampu menyelesaikan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Chrisnadia Sinam yang merupakan Ketua Penerangan KEADILAN Sabah dipetik laporan media berkata, janji untuk menyelesaikan MA63 telah dilaung-laungkan oleh kerajaan PN dalam pilihan raya negeri lalu untuk meraih undi rakyat di negeri itu, namun sehingga kini tiada usaha dilakukan untuk menunaikan janji tersebut.
“Janji desentralisasi kuasa kepada Sabah dan Sarawak harus ditunaikan bagi membolehkan rakyat Sabah dan Sarawak memimpin kerajaan negeri dengan lebih baik.
“Kita imbas janji kita sebelum kita menang PRU14 lalu dan manifesto yang meyakinkan rakyat untuk memilih kita, terutamanya MA63 yang mana ianya belum selesai disempunakan dahulu.
“Kita yakin ia akan terlaksana dengan keupayaan presiden (Anwar) memimpin negara kita kelak akan mengotakan janji ini kepada rakyat Sabah dan Sarawak. Ia merupakan kepercayaan ke atas perjuangan rakyat sabah kepada parti ini,” katanya.
Sebagai rekod,, Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Jeniri Amir pada April lalu menggesa supaya Mahiaddin Md Yasin dan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dikepalainya segera memastikan tuntutan Sabah dan Sarawak menerusi MA63 ditunaikan segera.
jarnya, Mahiaddin tidak mempunyai pilihan selain memastikan komitmen secara tuntas dalam memastikan segala janji dan perhitungan dalam MA63 ditunaikan segera atau ia bakal menjadi duri dalam daging seterusnya menghambat PN dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kelak sekiranya penyelesaiaan terhadap isu tersebut dilewatkan.
Chrisnadia Sinam yang merupakan Ketua Penerangan KEADILAN Sabah dipetik laporan media berkata, janji untuk menyelesaikan MA63 telah dilaung-laungkan oleh kerajaan PN dalam pilihan raya negeri lalu untuk meraih undi rakyat di negeri itu, namun sehingga kini tiada usaha dilakukan untuk menunaikan janji tersebut.
“Janji desentralisasi kuasa kepada Sabah dan Sarawak harus ditunaikan bagi membolehkan rakyat Sabah dan Sarawak memimpin kerajaan negeri dengan lebih baik.
“Kita imbas janji kita sebelum kita menang PRU14 lalu dan manifesto yang meyakinkan rakyat untuk memilih kita, terutamanya MA63 yang mana ianya belum selesai disempunakan dahulu.
“Kita yakin ia akan terlaksana dengan keupayaan presiden (Anwar) memimpin negara kita kelak akan mengotakan janji ini kepada rakyat Sabah dan Sarawak. Ia merupakan kepercayaan ke atas perjuangan rakyat sabah kepada parti ini,” katanya.
Anwar ada keupayaan selesai isu MA63 |

0 Comments