PAKATAN HARAPAN mengekalkan pendirian bahawa tiada keperluan untuk Darurat yang diusulkan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dilanjutkan.
Melalui satu kenyataan, HARAPAN melalui Majlis Presidennya berkata, mereka menjunjung kasih di atas titah pandangan DYMM Raja-Raja Melayu berkaitan isu Darurat seperti yang terkandung di dalam kenyataan media Penyimpan Mohor Besar Raja-raja pada 16 Jun lalu, iaitu “tidak ada keperluan meletakkan negara di bawah pemerintahan darurat selepas 1 Ogos 2021”.
Tegas mereka, berdasarkan bukti sains dan data, keadaan pandemik semakin meruncing dan bertambah teruk sejak Darurat diisytihar dengan jumlah kes positif dan kematian harian yang kekal tinggi.
Justeru mereka mengekalkan pendirian bahawa Darurat yang diisytihar pada 11 Januari lalu tidak memberi kesan kepada usaha mengekang penularan pandemik Covid-19 dan perlu ditamat segera.
Kenyataan itu ditandatangani Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden AMANAH Mohamad Sabu dan Setiausaha DAP Lim Guan Eng.
Tetap pendirian Darurat gagal lawan Covid-19 |
Malah jawatankuasa itu yang tamat fungsinya dan terbubar selepas 1 Ogos 2021 menurut mereka turut bertanggungjawab menasihati KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk tidakmelanjutkan Darurat selepas 1 Ogos 2021.
0 Comments