BEBERAPA peguam menyokong gesaan supaya peruntukan perlembagaan yang menetapkan supaya menteri dalam negeri dilantik sebagai pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Polis (SPP) dipinda dan dibatalkan.
Bekas presiden Majlis Peguam Salim Bashir yang dipetik laporan portal FMT menyatakan beliau bersetuju bahawa pelantikan, kenaikan pangkat dan pertukaran anggota polis perlu bebas daripada apa-apa bentuk pengaruh politik.
Individu bukan politik dan bebas harus mempengerusikan SPP dan jawatan itu boleh diisi hakim bersara, pesara kanan perkhidmatan awam atau mana-mana individu ternama.
“Langkah ini boleh dilihat sebagai usaha menjamin kebebasan pasukan polis,” katanya.
Salim sebelumnya mengulas gesaan kumpulan bekas penjawat awam, G25 yang mencadangkan Klausa (3)(a) Perkara 140 Perlembagaan Perlembagaan dipinda bagi membatalkan keperluan melantik menteri dalam negeri sebagai pengerusi SPP.
Kumpulan ini memberi respons kepada dakwaan bekas ketua polis negara Abdul Hamid Bador bahawa Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin campur tangan dalam urusan polis dengan berkata.
Abdul Hamid dalam sidang media terakhirnya menegaskan bahawa ahli politik atau individu berkaitan politik tidak harus menjadi pengerusi SPP.
Peguam Rajesh Nagarajan yang dipetik laporan sama berkata, cadangan pindaan perlembagaan itu “sangat penting”.
Sebagai anggota cabang eksekutif kerajaan, menteri dalam negeri tegasnya tidak sepatutnya memainkan apa-apa peranan SPP kerana bakal menjadikannya terdedah kepada salah guna.
“Pelantikan politik kakitangan penting polis mencetuskan keraguan terhadap kredibiliti proses pelantikan dan menimbulkan persoalan berhubung kebebasan pasukan polis dan kemampuannya berkhidmat dengan bebas dan saksama.” katanya.
![]() |
Pasukan polis mesti sentiasa bebas dari politik |
“Bagaimanapun perlembagaan tidak mengambil kira kemungkinan politik akan rosak seperti sekarang,” katanya.
0 Comments