JAWATANKUASA Keselamatan Pakatan Harapan (HARAPAN) telah mengadakan mesyuarat pertama hari ini secara atas talian.
Sukacita dimaklumkan bahawa jawatankuasa bersetuju melantik YB Mohamed Sabu sebagai Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan HARAPAN dalam mesyuarat bersama Datuk Johari Abdul (Ahli Parlimen Sungai Petani) dan Senator Liew Chin Tong.
Ahli jawatankuasa lain yang dilantik ialah Senator YB Senator Yusmadi Yusoff (peguam), YB Syed Ibrahim Syed Noh (Ahli Parlimen Ledang), Tuan Syahrezan Johan (Setiausaha Politik Lim Kit Siang dan peguam), Puan Sangeet Kaur Deo (peguam), YB Faiz Fadzil (Adun Permatang Pasir), Puan Norhayati Bidin (Timbalan Setiausaha Agung Amanah), Datuk Azis Jamman (mantan Timbalan Menteri Dalam Negeri), dan Datuk Wira Haji Marzuki Yahya(mantan Timbalan Menteri Luar Negara).
Jawatankuasa Keselamatan Pakatan Harapan bersetuju atas tiga halatuju utama:
1) Memantau penyelarasan agenda bersama antara Kementerian Pertahanan,Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Luar Negara, dan agensi berkaitan bagi memperkukuh komunikasi serta menangani cabaran-cabaran keselamatan / pertahanan negara secara konsisten dan holistik.
2) Membawa naratif baru kepada sektor keselamatan yang bukan sahaja merangkumi konsep keselamatan secara konvensional, tetapi menekankan keselamatan sosial dan manusia.
3) Pendekatan baru keselamatan (new security mindset) yang menjunjung prinsip tadbir urus dan tatakelola yang baik, demokrasi dan objektif pemulihan di dalam proses merangka dasar dan mengendalikan institusi keselamatan, yakni “a kinder state”.
Jawatankuasa Keselamatan HARAPAN mendesak kerajaan Malaysia komited dalam isu Palestin dan mempertimbangkan untuk menghantar bantuan kemanusian ke Palestin dengan kadar segera.
![]() |
Bekas menteri pertahanan dilantik Pengerusi |
Kerajaan juga perlu mengambil langkah proaktif dengan melantik Pegerusi Suruhanjaya Pelantikan Polis DiRaja Malaysia dalam kalangan profesional dan bebas seperti hakim dan bekas hakim bagi menjaga integriti serta maruah pasukan polis.
Kenyataan Media
YB MOHAMAD BIN SABU (AMANAH)
YB DATO JOHARI ABDUL (KEADILAN)
YB SENATOR LIEW CHIN TONG (DAP)