KUMPULAN hak pengguna mahu Prasarana Malaysia Bhd menyatakan dengan jelas pampasan RM1,000 yang diberikan kepada semua 213 mangsa dalam pertembungan dua tren LRT pada 24 Mei lalu bukan satu bentuk “penyelesaian”.
Persatuan Pengguna Pengangkutan Awam (4PAM) dalam kenyataan berkata, pampasan berkenaan hanya boleh dilihat sebagai bantuan.
“Prasarana harus menjelaskan pampasan ini bukan sebarang bentuk penyelesaian yang akan menimbulkan prejudis bagi penumpang (terlibat) dalam usaha mereka mengambil tindakan undang-undang,” kata Presidennya Ajit Johl dipetik media.
Beliau merujuk kenyataan Pengerusi Prasarana, Tajuddin Abdul Rahman yang berkata, mangsa kemalangan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) terbabit akan menerima bantuan RM1,000selain kos rawatan dan perubatan mangsa akan ditanggung syarikat terbabit.
Sementara itu, Ajit berkata, pihak persatuan menggesa penumpang yang terlibat dalam kemalangan berkenaan berunding dengan peguam sebelum menerima sebarang tawaran atau menandatangani dokumen ditawarkan Prasarana.
Malah penasihat undang-undang persatuan itu menurutnya akan menawarkan perkhidmatan mereka kepada semua penumpang.
Isnin lalu, 213 penumpang cedera setelah dua tren LRT bertembung dalam terowong bawah tanah di Laluan Kelana Jaya berhampiran Stesen KLCC.
Dalam kemalangan disifatkan sebagai terburuk seumpamanya sejak LRT mula beroperasi pada 1996, 64 orang penumpang dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan.
21 mangsa dirawat Hospital Kuala Lumpur (HKL) , dengan enam dalam keadaan kritikal dan 15 lagi separa kritikal. Baki 43 mangsa menerima rawatan pesakit luar.
Kementerian Pengangkutan hari ini berkata, kemalangan itu berpunca daripada kecuaian manusia, dengan pemandu tren LRT tanpa penumpang, yang bertembung dengan sebuah tren membawa 213 penumpang, memandu di arah salah.
Sementara itu, thevocket dalam laporanya mendakwa warganet turut tidak berpuas hati dengan jumlah pampasan diberikan Prasarana kepada mangsa.
Mereka berharap wang RM1,000 itu bukanlah duit ganti rugi di atas kecederaan yang dialami oleh mangsa kerana ia melibatkan nyawa manusia.
![]() |
RM1000 tidak boleh dianggap penyelesaiaan |
Manakala @farahstahp pula berkata "RM1000 sangat sedikit ... mangsa yang miskin akan mengalami trauma sepanjang hidup mereka atas kemalangan ini. mereka sama sekali tidak diberi ganti rugi yang adil,' katanya.
0 Comments