PELAKON dan pelawak veteran yang terkenal dengan watak Rajoo dalam sitkom Spanar Jaya dilapor telah meninggal dunoa di Hospital Kuala Lumpur.
Berita kematian Rajoo atau nama sebenarnya Kapt (B) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Ramasundran Rengan, 57, disahkan Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia, Hafiz Nafiah menerusi laman Facebook persatuan itu semalam.
"Beliau dibawa ke hospital pada pukul 12 malam akibat bengkak di kaki, namun sejurus menerima rawatan mendiang mengalami sesak nafas dan proses CPR dilakukan.. sejam kemudian doktor mengesahkan Rama telah tiada," katanya dipetik.
Mendiang Rama sebelum ini difahamkan pernah mempunyai sejarah masalah jantung.
"Pemergiannya meninggalkan kenangan manis kepada semua sahabat-sahabat. Salam takziah buat isterinya, Kamala dan keluarga,' katanya lagi.
Selain membintangi sitkom terkenal itu, Rama juga turut membintangi sitkom jangan ketawa.
Antara filem yang pernah dibintangi Ramasundran ialah Kerja Kahwin, Sini Ada Hantu, Aku Kaya The Movie dan Cinta 200 Ela.
Untuk rekod, mendiang merupakan Naib Presiden Persatuan Teater Malaysia, Penolong Setiausaha Yayasan Artis Veteran Malaysia dan aktif bersama APM.
Presiden Persatuan Teater Malaysia Sakrani Shamsuddin turut meyatakan rasa sedih atas pemergian Rama.
Sementara rakan selebriti Sheila Mambo turut menyifatkan Rama sebagai seorang sahabat yang sangat baik.
"Kau orang baik Rama... manusia penuh budi bahasaa. Selamat jalan sahabat," tulisnya di media sosial.

![]() |
Mendiang disifatkan sebagai seorang yang baik |

0 Comments