BIRO Guaman dan Undang-undang Angkatan Muda Keadilan (AMK) menawarkan khidmat nasihat guaman kepada mangsa kemalangan tren Transit Aliran Ringan (LRT).
Melalui satu kenyataan media yang disiarkan di web rasmi parti itu, AMK berkata perkhidmatan ditawarkan pihaknya supaya mangsa dapat memahami hak mereka di bawah undang-undang.
"Biro Guaman dan Undang-undang Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia mengikuti rapat perkembangan insiden kemalangan yang melibatkan pertembungan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT)
"Kami menzahirkan rasa simpati dan dukacita kepada semua mangsa yang terbabit dalam kemalangan ini.
"Sehubungan dengan itu, Biro Guaman dan Undang-undang AMK Malaysia dengan kerjasama sekumpulan peguam bertauliah amat berbesar hati untuk menawarkan khidmat nasihat guaman kepada semua mangsa terbabit," jelas mereka.
Mereka sebelumnya merujuk kenyataan Pengerusi Prasana, Tajuddin Abdul Rahman sebelum ini bahawa syarikat itu menawarkan bayaran khas sebanyak RM1,000 suntuk setiap penumpang terbabit selain kos perubatan mangsa yang menerima rawatan di hospital.
Kenyataan Tajuddin yang dipecat dari jawatan itu semalam membangkitkan rasa tidak puas hati dikalangan warganet yang berpandangan RM1,000 itu terlalu rendah memandangkan trauma dialami mereka.
Sementara itu, Pengerusi Biro itu Chiew Choon Man dan exco, Gavin Way turut merakamkan merakamkan penghargaan kepada semua warga perubatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) atas rawatan rapi yang diberi kepada semua penumpang selepas kemalangan.
Mereka juga menuntut Kementerian Pengangkutan membentangkan laporan terperinci mengenai insiden itu secepat mungkin, bagi meyakinkan orang ramai terhadap sistem pengangkutan awam di negara ini.
Melalui satu kenyataan media yang disiarkan di web rasmi parti itu, AMK berkata perkhidmatan ditawarkan pihaknya supaya mangsa dapat memahami hak mereka di bawah undang-undang.
"Biro Guaman dan Undang-undang Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia mengikuti rapat perkembangan insiden kemalangan yang melibatkan pertembungan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT)
"Kami menzahirkan rasa simpati dan dukacita kepada semua mangsa yang terbabit dalam kemalangan ini.
"Sehubungan dengan itu, Biro Guaman dan Undang-undang AMK Malaysia dengan kerjasama sekumpulan peguam bertauliah amat berbesar hati untuk menawarkan khidmat nasihat guaman kepada semua mangsa terbabit," jelas mereka.
Mereka sebelumnya merujuk kenyataan Pengerusi Prasana, Tajuddin Abdul Rahman sebelum ini bahawa syarikat itu menawarkan bayaran khas sebanyak RM1,000 suntuk setiap penumpang terbabit selain kos perubatan mangsa yang menerima rawatan di hospital.
Kenyataan Tajuddin yang dipecat dari jawatan itu semalam membangkitkan rasa tidak puas hati dikalangan warganet yang berpandangan RM1,000 itu terlalu rendah memandangkan trauma dialami mereka.
![]() |
Kerjasama dengan peguam bertauliah |

0 Comments