KERAJAAN perlu meminda empat undang-undang sedia ada sebelum undi 18 boleh dilaksanakan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Ahli Parlimen Pasir Gudang.
Hassan Karim berkata, pindahan itu melibatkan Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 (Election Offences Act 1954) dan Elections (Conduct of Elections) Regulation 1981.
"Ini juga termasuk Elections (Registration of Electors) Regulation 2002 dan semua Perlembagaan negeri-negeri untuk merendahkan umur kelayakan menjadi calon Dewan Undangan Negeri (DUN)," katanya.
Hassan berkata begitu sebagai mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Takiyuddin Hassan baru-baru ini yang berkata beliau yakin kerajaan Muhyiddin akan memastikan perlaksanaan pengundi 18 tahun dapat direalisasikan pada PRU15.
"Saya ingin bertanya Menteri Takiyuddin Hassan, sekarang Parlimen digantung, jadi bilakah Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 hendak dipinda," katanya dalam satu kenyataan.
Hassan turut berkata, sekiranya pindaan mengenai umur pengundi dan calon mahu dibawa ke peringkat negeri, langkah tersebut juga dilihat mustahil kerana semua sidang DUN turut digantung susulan darurat pada ketika ini.
"Jadi bagaimana DUN itu hendak merendahkan umur kelayakan calon-calon bagi DUN? Saya percaya persoalan undang-undang ini tidak boleh diserahkan kepada SPR untuk selesaikan. Ini tugas kerajaan. Apa penjelasan Takiyuddin dalam hal ini," soalnya.
Hassan yang dipetik laporan Sinar sementara itu tutur mempersoalkan adakah kerajaan atau Kabinet akan membuat tindakan menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya menggunakan kuasa baginda membuat undang-undang di bawah Perkara 150(2B) Perlembagaan Persekutuan untuk menggubal suatu Ordinan Darurat bagi meminda semua Perlembagaan negeri?
Jelasnya, ini termasuk meminda Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, meminda Elections (Conduct of Elections) Regulations 1981 dan meminda Elections (Registration of Electors) Regulations 2002 supaya semua undang-undang itu selaras dengan Akta (Pindaan) Perlembagaan 2019.
"Tetapi saya fikir dan cadangkan kepada Takiyuddin ada cara lain yang lebih baik dan demokratik untuk melakukan pindaan-pindaan terhadap undang-undang tersebut yang amat penting kerana ia ada kaitannya dengan pindaan Perlembagaan berkenaan Undi 18 tahun itu.
![]() |
4 undang-undang perlu dipinda menurut Hassan |
"Begitu juga kerajaan atau Kabinet boleh menasihati Yang di-Pertuan Agong menggunakan kuasa baginda di bawah Seksyen 15(1)(b) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 dengan melakukan perundingan terlebih dahulu bersama-sama raja-raja di negeri-negeri untuk memanggil semula sidang DUN bagi pindaan ke atas Perlembagaan-perlembagaan negeri," katanya dipetik.
0 Comments