PKP sepatutnya jadi langkah terakhir, bukan pilihan utama


KERAJAAN Muhyiddin Yassin tidak boleh terus menerus melaksana perintah kawalan pergerakan (PKP) terhadap rakyat

Ahli Prlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan berbanding PKP yang mengelirukan ramai itu, kerajaan Muhyiddin yang dibentuk dari Langkah Sheraton mesti menunjukkan sikap serius mereka dengan meletakkan sasaran sebanyak mana penurunan kes  mahu dicapai

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu dipetik berkata, tindakan mengumumkan PKP dianggap jalan pintas kerajaan dan cubaan mahu menunjukkan kerajaan sedang bekerja.

“Tapi hasilnya semua kita tahu. Kes sudah cecah lebih 2,000 setiap hari walaupun kononnya darurat dibuat untuk melawan Covid-19.

“Malah, apabila kerajaan umum ada PKP, sepatutnya terus letak sasaran penurunan kes berapa yang mahu dicapai. Itu adalah KPI bagi kerajaan,” kata beliau di Facebook.

Beliau merujuk pengumuman menteri kabinet Muhyiddin, Ismail Sabri Yaakob bahawa kerajaan melaksana PKP di enam daerah di Selangor, yang kemudian telah diperluas ke beberapa kawasan lain di seluruh negara.

Syed Saddiq berkata, gambaran perasaan rakyat terhadap pengumuman Ismail Sabri boleh dilihat jelas apabila rakyat seolah-olah sudah hilang rasa percaya dengan kerajaan yang seolah-olah melakukan tindakan sekadar cukup syarat sahaja.

“Jujurnya, saya pun sudah tidak boleh menerima pengumuman PKP semalam. Ia tidak dibuat dengan cara yang betul,” katanya.

Sementara itu, bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong mempersoalkan tindakan kerajaan Muhyiddin mengumumkan pelaksanaan PKP di Selangor seminggu sebelum sambutan Aidilfitri.

Tegasnya, keputusan lewat itu yang dibuat ketika orang ramai sudah merancang sambutan raya menunjukkan kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN) menguruskan krisis kesihatan dan ekonomi dengan efektif.

“Seperti yang telah saya tegaskan berkali-kali, PKP sepatutnya menjadi langkah terakhir kerajaan untuk mengekang penularan wabak, bukannya pilihan utama.

“Daripada taksub dengan PKP dan darurat, kerajaan Muhyiddin Yassin sepatutnya meningkatkan ujian saringan dan menjalankan penjejakan kontak rapat secara besar-besaran,” kata beliau.

Chin Tong turut menegaskan, adalah tidak waras untuk kerajaan melakukan perkara yang sama berulang kali tetapi mengharapkan hasil yang berbeza dan dalam hal ini, Malaysia perlu melaksanakan kaedah lain dengan segera.

Sebagai rekod, ini adalah tahun kedua anak-anak dan ibu bapa akan terpisah pada sambutan hari raya, susulan keputusan kerajaan Muhyiddin melaksana PKP.

Malaysia pernah mencatatkan sifar penularan tempatan pada tahun lalu, namun ia kembali meningkat dengan mendadak sebaik berlaku perebutan kuasa bagi merampas kerajaan Sabah yang kesannya ditanggung rakyat sehingga hari ini.

Rakyat bosan bila PN terus gagal kawal Covid


Kerajaan Muhyiddin sebelum ini mengusahakan darurat yang kononnya bagi melawan pendemik Covid-19 yang kemudian disusuli dengan penutupan sidang Parlimen dan DUN.

Namun rakyat menganggap langkah itu gagal kerana kes tidak menunjukkan penurunan sehingga akhirnya PKP 3.0 terpaksa dilaksanakan seminggu sebelum 'Orang Islam' beraya.


Post a Comment

0 Comments