BEKAS Ketua Polis, Tan Sri Abdul Hamid Bador menyatakan kesediaan untuk diambil keterangan susulan pendedahan 'campur tangan' seorang menteri dalam kabinet Muhyiddin.
Dipetik laporan Sinar, Abdul Hamid berkata beliau tidak mempunyai masalah untuk tampil membantu siasatan susulan dakwaan menteri itu yang mahu campur tangan agensi penguatkuasaan itu termasuk dalam Cawangan Khas (SB) Bukit Aman.
“Saya tengok perkembangan. Kalau nak saya datang beri keterangan, saya datanglah.
"Pada saya biarlah kepimpinan Bukit Aman siasat, nak tentukan kes jenayah ke terpulang kepada mereka,” katanya menurut laporan itu.
Minggu lalu, Abdul Hamid mendakwa Setiusaha Agong parti Bersatu, Hamzah Zainuddin campur tangan termasuk dalam isu pelantikan pegawai kanan polis agensi kepolisian itu termasuk menentukan jawatan Pengarah Cawangan Khas (PCK) Bukit Aman
Dianggap usaha menjaga karier politik peribadinya. Abdul Hamid turut mendakwa Menteri Dalam Negeri diarah melakukan operasi untuk kepentingan peribadinya.
Walau bagaimanapun katanya, tindak tanduk Hamzah itu tidak disenangi cawangan itu dan arahannya ditolak sehingga menyebabkan menteri Muhyiddin itu merasa marah.
Selepas gagal mendapat kerjasama dari JCK, Hamzah kemudian dikatakan cenderung bekerjasama dengan bekas pegawai kanan JCK yang telah tamat kontrak tahun lalu.
“Menteri berkenaan dikatakan mengatur langkah menjadikan ‘budaknya’ menyandang jawatan PCK Bukit Aman kerana mudah mengikut arahan menteri.
“Buktinya, pada 16 Februari lalu PCK sedia ada telah dipanggil Ketua Setiausaha KDN meminta beliau mengakhiri kontraknya.
"Menteri tersebut seolah-olah tidak sabar meletakkan ‘budaknya’ mengisi jawatan tersebut sedangkan kontrak PCK akan berakhir pertengahan Jun ini,” dakwa Hamid.
![]() |
Hamzah didakwa cuba letak 'budak suruhan' |
“Apa pun saya nak halang perancangan menguasai Cawangan Khas untuk digunakan bagi kepentingan politik, (sebab) itulah saya dedahkan,” kata bekas pegawai tertinggi pasukan polis itu dipetik.
0 Comments