Jangan laksana sekatan hingga jejas ekonomi rakyat, tegas Anwar


PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kerajaan agar tidak melakukan apa-apa sekatan secara menyeluruh sehingga menjejaskan keadaan ekonomi rakyat.

Menyentuh mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Anwar berkata sekatan secara berpusat perlu dilakukan yang menumpukan hanya pada tempat merebaknya wabak Covid-19.

“Jangan lakukan apa-apa tindakan sekatan secara menyeluruh tetapi secara berpusat kepada tempat kejadian atau berlakunya perebakan penyakit.

“Beberapa langkah keras diperlukan untuk memastikan orang ramai pakai pelitup muka dan memastikan ada penjarakan sosial,” katanya dalam satu klip video di Facebooknya.

Anwar turut mengkritik tanggapan pihak tertentu bahawa kewujudkan bazar Ramadan menyumbang kepada peningkatan kadar jangkitan wabak itu,

Sebaliknya jelas Anwar ia berpunca dari kegagalan untuk mengamalkan penjarakan fizikal dan kesesakan di satu-satu kawasan itu.

“Masalahnya bukan bazar Ramadan dan gerai berniaga. Penyelesaiannya pula bukan untuk merobohkan gerai dan menyusahkan orang yang sudah hidup susah, kemudian dirampas segala peralatan mereka. Ini bukan cara siuman untuk dilakukan.

Anwar gesa amalkan penjarakan sosial
“Harus ada pertimbangan dan penyelesaiannya ialah memastikan jarak itu dijaga dan dikawal. Kawasan masuk gerai itu dihalang supaya jangan sesak dari pintu masuk.

” Tapi kalau nak menghalang mereka (berniaga) itu akan menyebabkan satu hal besar, akan berlakunya kesengsaraan kehidupan golongan miskin bandar,” katanya dipetik.

Post a Comment

0 Comments