Pendedahan bekas KPN: SPRM perlu berani siasat politikus

 


AGENSI penguatkuasaan undang-undang terutama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus berani menegaskkan keadilan biarpun ianya mebilbatkan pemimpin politik negara.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Datuk Abdul Halim Hussain berkata, SPRM perlu tegas dan tidak tunduk kepada mana-mana politikus.

Sesiapa sahaja yang terlibat dalam dakwaan kegiatan rasuah tambahnya perlu diambil tindakan tanpa mengambil kira kedudukan mereka dalam kerajaan atau sebaliknya.

“Dalam kes mantan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abdul Hamid Bador mendakwa ada usaha campur tangan Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin dalam pelantikan hieraki PDRM dan ianya perlulah diberi perhatian serius.

“Hal ini tidak boleh dipandang ringan kerana melibatkan seorang menteri Kabinet dan tindakan perlu diambil segera dengan mewujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi memastikan situasi sebenar setiap dakwaan tersebut.

“Dengan mewujudkan RCI, kita optimis kedudukan sebenar setiap salah laku dan kewujudan unsur-unsur rasuah dapat dikenal pasti. Dengan ini kita yakin ia akan dapat memberi keadilan tanpa menganiayai mana-mana pihak,” katanya dipetik laporan oleh Malaysia Dateline.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador sebelum secara terbuka menempelak apa yang didakwanya sebagai campur tangan oleh Hamzah.

Selain mendakwa Setiausaha Agong parti Bersatu itu cuba menentukan jawatan tertinggi dalam pasukan itu, Hamzah turut dakwanya cuba menggantikan pengarah cawangan Khas bukit aman dengan 'budaknya' dan cuba mengarahkan operasi tertentu untuk kepentingan politik peribadinya.

Sementara itu, Abdul Halim yang juga Exco negeri Pulau Pinang turut berkata, kerajaan Perikatan Nasional (PN) sepatutnya berusaha bagi menubuhkan RCI tanpa lengah setelah pendedahan Abdul Hamid.

SPRM digesa siasat pendedahan Abdul Hamid
Ini  kerana isu itu melibatkan kepentingan awam dan juga nama baik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Malah katanya lagi, siasatan juga harus dijalankan dan SPRM perlu mengheret segera mereka yang terlibat seperti mana yang didakwa bagi memastikan imej dan nama baik PDRM dan SPRM tidak tercalar dengan persepsi negatif.

Post a Comment

0 Comments