Konflik Israel - Palestin: Anwar kecewa dengan sikap Hishammuddin


KETUA PEMBANGKANG di Dewan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal dengan tindakan Menteri Luar, Hishammuddin Hussein yang tidak menghadiri sesi khas Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Anwar melalui satu hantaran di laman mikro Twitternya berkata, beliau merasa sangat kecewa apabila Hishammuddin sebaliknya menghantar wakil Malaysia sebagai penggantinya ke mesyuarat PBB itu untuk membincangkan konflik berterusan antara Palestin dan Israel.

“Saya menuntut penjelasan penuh daripada Kementerian Luar,” katanya di Twitter  malam tadi seperti dilapor portal FMT.

Mesyuarat khas itu sedang berlangsung di New York.

Beliau berkata, rakan sejawatan Hishammuddin dari negara lain seperti Turki, Pakistan dan Indonesia dilaporkan menghadiri sesi khas itu.

Konflik terbaru di Semenanjung Gaza memasuki hari ke-11.

Menurut laporan, 230 warga Palestin terkorban, termasuk 65 kanak-kanak dan 39 wanita, dengan lebih 1,7000 orang cedera dalam serangan udara sejak konflik itu bermula 10 Mei lalu.

Pihak berkuasa Israel pula melaporkan 12 orang meninggal dunia di negara itu, dengan 336 lagi cedera.

 Sidang khas sedang berlangsung di New York


Anwar dalam satu kenyataan media sebelum ini mengutuk keras sikap biadab Zionis Israel yang melanggar batas-batas kemanusiaan.


Serangan rejim itu terhadap penduduk Palestine tegasnya telah menonjolkan politik samseng Zionis.

BACA:Serangan Palestin tonjol politik samseng rejim Israel 

Kerajaan Malaysia dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) kata Anwar mesti mengggunakan apa sahaja kuasa dan ruang yang ada dalam menyatakan bantahan kepada rejim itu.

Post a Comment

0 Comments