SATU kaji selidik dijalankan sebuah firma penyelidikan, O2 Research Malaysia antara 26 Mac hingga 9 April mendapati Pakatan Harapan (HARAPAN) kini mendahului undi popular di kalangan rakyat.
Menurut laporan Sinar, perpecahan yang berlaku dalam blok parti-parti yang kini membentuk kerajaan bakal telah memberi kelebihan kepada HARAPAN.
Hasil kajian itu menyatakan 36 peratus pengundi memilih HARAPAN berbanding 31 peratus memilih Perikatan Nasional (PN). Manakala Barisan Nasional (BN) sebaliknya hanya menduduki tangga ketiga tertinggi dalam meraih undi popular sebanyak 22 peratus, diikuti parti Ikatan Demokratik Muda (Muda) 11 peratus.
Seramai 1,602 responden terdiri dari mereka yang berusia 18 tahun kea tas telah terlibat yang terdiri daripada 54 peratus kaum Melayu Semenanjung, 28 peratus kaum Cina, 11 peratus kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak dan 7 peratus kaum India.
Kaedah persampelan responden dilakukan dengan rawak berstrata yang mewakili segenap kumpulan umur, jantina, kepelbagaian etnik dan negeri.
"Dengan perpecahan berlaku antara parti-parti blok kanan dan kiri akan memberi kelebihan kepada Pakatan Harapan dengan populariti tertinggi pada 36 peratus, diikuti PN (31 peratus), seterusnya BN (22 peratus) dan Muda 11 peratus," kata Penyelidik Kanan O2 Research Malaysia, Anis Anwar Suhaimi pada Rabu.
Beliau berkata demikian bagi mengulas hasil dapatan satu kaji selidik diusahakan O2 Research Malaysia pada penggal pertama tahun 2021 bagi meneliti tahap sokongan dan kecenderungan pengundi terhadap arus perkembangan politik semasa negara.
![]() |
HARAPAN berkelebihan 5 peratus berbanding PN |
"Namun, kecenderungan berbeza ditunjukkan pengundi cenderung Pas yang lebih menerima PN setinggi 67 peratus berbanding sokongan terhadap MN sebanyak 33 peratus," tambahnya dipetik sebahagian laporan itu.
0 Comments