KERAJAAN terus didesak supaya menyediakan bantuan sara diri dan subsidi untuk memastikan rakyat tidak merana akibat pelaksanaan “total lockdown”.
Geoffrey Williams dari Universiti Sains dan Teknologi Malaysia yang dipetik laporan FMT berkata simpanan rakyat umumnya amat terhakis selepas terkesan dengan pandemik Covid-19 sejak lebih setahun lalu.
“Simpanan isi rumah sudah amat susut dan perniagaan pula tidak ada saham atau pun lebihan wang, justeru impak ‘total lockdown’ kali ini dijangka lebih teruk berbanding sebelumnya. Semua kategori pendapatan khususnya B40 dan M40, dijangka paling terjejas,” katanya menurut portal itu.
Williams mencadangkan kerajaan menyediakan peruntukan sekurang-kurangnya RM60 bilion kali ini untuk membolehkan rakyat mengharungi “total lockdown” Fasa1 selama dua minggu mulai Selasa depan dan perintah kawalan pergerakan yang akan menyusul selepas itu.
Ia termasuk pemberian wang tunai kepada golongan tertentu termasuk mereka tidak mempunyai sebarang pendapatan, dan pekerja muda yang menanggung potongan gaji.
Bawah Fasa 1, semua aktiviti ekonomi dan sosial tidak akan dibenarkan beroperasi kecuali perkhidmatan perlu dan sektor ekonomi tertentu.
Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Pemuda Amanah dan Pemuda Umno sebelum ini membuat gesaan supaya kerajaan menyalurkan bantuan kepada rakyat termasuk dengan mengembalikan moratorium pinjaman bank secara automatik.
Gesaan serupa turut disuarakan Jawatankuasa Kos Hidup ditubuhkan Pakatan Harapan (HARAPAN), selain bantuan tunai 'one-off' mereka mahu kerajaan memberikan rebat bagi bil elektrik Tenaga Nasional Berhad dan mengagihkan bakul makanan bagi mereka yang memerlukan.
Sementara itu, Pakar ekonomi terkenal. Barjoyai Bardai dari Universiti Tun Abdul Razak, berkata kira-kira RM10 bilion harus diperuntukan untuk membantu perniagan mikro yang amat terkesan dengan pandemik Covid-19.
“Kerajaan juga mesti segera tampil memberikan bantuan subsidi kepada 8.5 juta isi rumah di Malaysia,” katanya.
![]() |
B40 dan M40 bakal jadi paling terjejas |
Seorang lagi pakar ekonomi Carmelo Ferlito, berkata pakej rangsangan untuk rakyat hanya penyelesaian sementara dan menegaskan Malaysia memerlukan kepimpinan dan strategi baharu untuk mengatasi permasalahan rakyat.
0 Comments