KERAJAAN Persekutuan didesak untuk menyegerakan bantuan kepada warga Kuala Lumpur susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan SOP terbaru yang lebih ketat.
Gesaan itu dibuat Ahli Parlimen Pakatan Harapan (HARAPAN) yang mewakili penduduk ibu kota itu melalui kenyataan bersama setelah penduduk terpaksa mengehadkan aktiviti ekonomi bagi membendung penularan Covid-19.
“Semestinya dalam suasana pandemik Covid-19 yang belum reda, rakyat Malaysia khususnya warga Kuala Lumpur akur dengan keperluan mengawal pergerakan dan mengehadkan aktiviti dalam usaha melandaikan lekuk penularan wabak
"Sehingga hari ini Kerajaan Persekutuan belum mengumumkan langkah, bantuan dan sokongan yang akan diberi kepada warga Kuala Lumpur,” kata mereka.
Mereka turut menyarankan beberapa langkah antaranya meminta diwujudkan program saringan massa (mass screening) RTK-Antigen percuma buat warga kota Kuala Lumpur di setiap Parlimen.
Selain itu mereka menuntut sewa percuma tambahan dua belas (12) bulan bagi semua penyewa rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR), bermula Mei 2021 dan memberi sewa percuma tambahan dua belas (12) bulan bagi semua penyewa kedai penjaja DBKL, bermula tempoh yang sama.
Pihak berkenaan juga dicadangkan agar melanjutkan program Lesen Prihatin Wilayah Bebas Berniaga sehingga hujung tahun 2021; Memberi cukai pintu percuma bagi enam bulan kedua (Julai-Disember) tahun 2021 bagi pemilik rumah flat atau perumahan kos rendah;
Van Wilayah di setiap Parlimen juga dicadang agar digunakan untuk membantu membawa warga Kuala Lumpur untuk ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV);
Selain itu, mereka menuntut agar pemberian baucer RM500 pembelian makanan kepada semua ketua isi rumah keluarga B40 di Kuala Lumpur yang terdapat di dalam senarai BPN, Baitulmal dan e-Kasih.
![]() |
K'jaan digesa ringankan beban warga KL |
Kenyataan bersama itu ditandatangani Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil; Tan Kok Wai (Cheras); Fong Kui Lun (Bukit Bintang); Teresa Kok (Seputeh); Datin Paduka Dr Tan Yee Kew (Wangsa Maju); Nik Nazmi Nik Ahmad (Setiawangsa); P. Prabakaran (Batu); Lim Lip Eng (Kepong) dan Hannah Yeoh (Segambut)
0 Comments