Sanusi tiada asas tuntut bayaran air dari Pulau Pinang - Jaseni


MENTERI BESAR
Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor tiada asas yang sah untuk menuntut bayaran dari Pulau Pinang.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dan PBA Holdings Bhd, Datuk Ir Jaseni Maidinsa, Kerajaan Pusat seharusnya campur tangan bagi menghalang beliau dari mengambil tindakan persendirian yang boleh mengancam perkhidmatan bekalan air di Pulau Pinang dan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER).

“Persoalannya apakah Kerajaan Persekutuan akan membenarkan Menteri Besar Kedah secara persendirian membahayakan keselamatan bekalan air di Pulau Pinang.

"Namun begitu, seandainya beliau diizinkan untuk melakukannya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan PBAPP tiada pilihan selain memulakan tindakan untuk mempertahankan bekalan air bagi 1.776 juta penduduk dan semua perniagaan yang beroperasi di Pulau Pinang melalui apa jua cara sekalipun.

“Pulau Pinang dan PBAPP telah menyatakan bahawa hutan hujan seluas 163,000 hektar di Ulu Muda tidak boleh dieksploitasi untuk mendapatkan keuntungan yang segera, tetapi tidak mampan, sebaliknya Ulu Muda harus dipelihara dengan betul dan dilindungi secara sah sebagai sumber air mentah yang tiada gantinya di wilayah NCER, ” tegas beliau yang dipetik Malaysiadateline.

Tambah Jaseni berhubung isu air yang berbangkit, Pulau Pinang tidak mencipta pertikaian Sungai Muda dan tidak juga pernah mempersoalkan hak-hak riparian Kedah untuk mengabstrak air dari Sungai Muda.

Sebaliknya
Menteri Besar dari PAS itu pula secara terbuka mengugut Pulau Pinang untuk menuntut pembayaran.

Tindakan  Muhammad Sanusi menuntut RM100 juta setahun bagi memelihara dan melindungi kawasan tadahan air di Ulu Muda dan keengganan Kedah untuk meminta pampasan Persekutuan jelasnya amat membingungkan.

Tambah Jasani, pihaknya telah beberapa kali menegaskan bahawa Ulu Muda menadah air mentah bagi 3 buah negeri NCER iaitu, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

Sejajar dengan itu kata beliau, Ulu Muda mesti dianggap sebagai isu NCER kerana kesan sosio ekonomi negatif dari kemusnahan Ulu Muda (dengan pembalakan dan potensi perlombongan elemen nadir bumi (REE) tidak hanya akan dirasakan di Pulau Pinang tetapi juga di Perlis dan Kedah.

 Sanusi tiada asas tuntut bayaran, kata Jaseni
Ia juga berkata, kesejahteraan dan kebajikan 4.2 juta orang di 3 negeri NCER adalah lebih penting daripada potensi pendapatan royalti daripada pembalakan dan perlombongan REE.

Isu pertikaiaan air mula timbul setelah Sanusi mengumumkan rancangannya untuk melombong REE di Kedah, PBAPP kemudian membuat kenyataan mengkritik rancangan itu kerana kebimbangan mereka berhubung sumber air untuk penduduk di tiga negeri semenanjung itu mungkin tercemar. 

Post a Comment

0 Comments