Pulih status Sabah dan Sarawak, bolehkan janji Muhyiddin dipercayai?


PARLIMEN perlu bersidang segera bagi membentangkan Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan yang bertujuan memulihkan status Sarawak dan Sabah dalam Persekutuan, tegas Pakatan Harapan (HARAPAN) Sarawak.

Pengerusinya Chong Chieng Jen membuat gesaan itu selepas Muhyiddin dalam lawatannya ke negeri itu dua hari lalu telah mengeluarkan kenyataan akan memberi jaminan bagi memulihkan status ‘wilayah’ kepada negeri ini selari dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Bagaimanapun tegas Chieng Jen, pindaan bagi Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan perlu dicapai dan untuk itu sidang Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.

“Kami Ahli Parlimen HARAPAN Sarawak akan menyokong pindaan Perlembagaan untuk memulihkan versi asal Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan.

“Malah, saya sebagai Naib Pengerusi DAP Nasional dan mewakili semua Ahli Parlimen DAP memberi jaminan kepada Muhyiddin bahawa kami semua tetap menyokong agar pindaan rang undang-undang berkenaan dibentangkan di Parlimen, kata Ahli Parlimen Stampin itu dalams atu sidang media.

Turut bersama dalam sidang media ialah Pengerusi Parti AMANAH Sarawak, Abang Halil Abang Naili dan wakil daripada KEADILAN, Dr Michael Teo yang juga Ahli Parlimen Miri.

Sementara  Chien Jen turut menegaskan bahawa Muhyiddin Yassin tidak hanya berani bercakap kononnya mahu memulihkan status kedua wilayah itu, namun harus berani mengotakannya.

“Jangan hanya berani bercakap sahaja untuk meminda perlembagaan tetapi sekadar demi menarik undi kerana kita bila-bila masa tetap menyokong pindaan itu,

“Kini ia bergantung kepada kerajaan PN dan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Buka sahaja sidang Parlimen dan bentangkan pindaan berkenaan.” tegas Chong.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam hantaran di laman Facebooknya mempersoalkan apakah janji dilontarkan Muhyiddin untuk memulihkan status Sarawak dan Sabah itu boleh dipercayai.

Ia tegasnya susulan beberapa janji sebelum ini yang tidak ditunaikan Ahli Parlimen Pagoh itu yang tidak ditunaikan.

Guan Eng meragui janji Muhyiddin
"Perdana Menteri sendiri tidak dapat menunaikan janji kerajaan PN untuk meneruskan projek High Speed Rail Kuala Lumpur - Singapura. Malah rela membatalkan projek itu dengan bayaran ganti rugi RM320 juta kepada Singapura.

"Sekiranya janji untuk negeri sendiri di Johor pun tak dapat ditunaikan, macam mana lagi nak bagi rakyat Sabah dan Sarawak percaya janji baru ini?" soal bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu.



Post a Comment

0 Comments