KENYATAAN Menteri Luar, Hishammuddin Hussein ketika lawatannya ke China disifatkan akan memberi kesan bukan kecil terhadap hubungan kedua-dua negara.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan berkata, istilah "abang" yang digunakan Hishammuddin mungkin telah mengheret Malaysia 25 tahun ke belakang dalam soal dasar luar termasuk dengan negara diperintah oleh Parti Komunis China itu.
Kenyataan itu juga tegasnya telah menjejaskan usaha pegawai Wisma Putra selama ini dalam mempertahan dasar hubungan luar Malaysia.
"Pemerintah hari ini secara tidak langsung telah memberi mesej yang jelas pada dunia luar bahawa Malaysia bukan lagi negara yang berkecuali.
"Percubaan Menteri Luar untuk menutup kekeliruan yang timbul menampakkan kabinet Perikatan Nasional (PN) mempunyai pemahaman yang lemah terkait diplomasi, strategi, politik Asean dan juga China," katanya.
Hishamuddin ketika satu sidang media bersama pemimpin China, Wang Yi menggelarkan negara itu sebagai “abang” kepada Malaysia, dan dibalas Wang Yi dengan ungkapan "Kita adik-beradik".
Dalam penjelasannya semalam, Hishammuddin berkata ungkapan itu ditujukan kepada Menteri Luar China Wang Yi - yang lebih tua dan senior daripadanya - dan bukan merujuk hubungan Malaysia dengan negara itu.
Bagaimanapun Anwar berkata, kerajaan PN telah melakukan kesilapan dalam banyak hal penting negara dan "kadarnya terus memuncak naik".
"Tanpa pengimbangan dari institusi Parlimen dan sikap
kebertanggungjawaban pada badan eksekutif, keadaan nampaknya akan terus
parah, dan terbaru membawa marabahaya pada kedaulatan negara," katanya.
Ahli Parlimen Port Dickson itu juga sekali lagi membangkitkan keabsahan kerajaan PN yang sebelum ini didakwa tidak memiliki majoriti di Dewan Rakyat.
"Dunia tahu bahawa kerajaan hari ini tidak ada keabsahan demokratik untuk memerintah.
![]() |
Kedaulatan dan keselamatan negara mesti dijaga |
"Melihatkan keadaan PN yang terumbang ambing hari ini, kita bimbang segala keputusan yang dibuat hanya untuk terus menjamin kelangsungan kuasa, dan ia berpotensi akan mengorbankan kepentingan, keselamatan dan kedaulatan negara," kata Presiden KEADILAN itu lagi.
0 Comments