Iklan judi: pelakon minta maaf, akui rasa bersalah


PELAKON iklan kontroversi berkaitan judi atas talian mengakui rasa bersalah dan kecewa kerana terlibat dengan penggambaran iklan tersebut.

Saifullah Mohd Yunus yang dipetik laporan mStar mendedahkan, dia serta pelakon-pelakon lain yang terlibat hanya mengetahui iklan terbabit mempromosikan perjudian dalam talian hanya ketika proses penggambaran selesai.
 
“Sebenarnya sebelum saya memasuki ke set penggambaran pada 13 Mac lalu itu dan ketika di lokasi itu, saya difahamkan saya hanyalah watak sampingan sahaja.

“Ketika di lokasi penggambaran, babak-babak penggambaran saya sudah selesai dalam kira-kira 70 peratus, saya dah selesaikan babak babak saya dan kemudian apabila tiba di bahagian babak lirik, dia bagi lirik.

“Kita (termasuk pelakon lain) tidak hafal langsung, dia tulis dan lirik diletakkan di sebelah kamera dan pihak produksi meminta kami ‘lip sync’ atau gerak bibir, bukan kami yang menyanyi, itu bukan kami punya suara, ia adalah belakang tabir punya suara,” katanya dipetik.

Saifullah sebaik mengetahui iklan tersebut berkaitan judi, beliau sedar perbuatannya itu melanggar undang-undang dan boleh mendatangkan kegusaran awam.

“Saya rasa sangat bersalah kerana saya sepatutnya bersikap lebih peka dan teliti. Saya ingin memohon maaf kerana tidak betul-betul teliti dengan projek iklan tersebut.

“Sepatutnya saya mengkaji  apa jalan ceritanya dan maklumat rakaman itu, termasuk segala perincian tugas yang perlu diambil," tambahnya lagi.

Terdahulu, siaran iklan itu mendapat kritikan hebat masyarakat, Video berdurasi hampir tiga minit di iklan media sosial itu bertemakan sambutan hari raya Aidilfitri dengan sekumpulan golongan muda  memakai baju Melayu, bersongkok, berbaju kurung dan bertudung mengajak umat Islam yang mencari wang lebihan untuk menghadapi raya untuk cuba menambah pendapatan dengan berjudi.

Ketua Wanita KEADILAN, Fuziah Salleh yang menjadi pemimpin politik pertama menyelar penularan video itu menganggap penyiarannya telah dengan teruk menyinggung sensitiviti umat Islam di negara ini terutama di bulan Ramadhan.

Saifullah kecewa dan rasa bersalah
Susulan itu, pihak polis telah membuka kertas siasatan berhubung video iklan mempromosikan aktiviti perjudian dalam talian itu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah berkata, siasatan ke atas video tersebut akan menjurus kepada penerbit dan pelakon-pelakon dalam klip

Post a Comment

0 Comments