KERAJAAN Perikatan Nasional (PN) yang dikepalai Muhyiddin Yassin digesa melakukan rombakan kabinet bagi mengurangkan jumlah menteri.
Gesaan itu disuarakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Durian Tunggal, Mohd Sofi Abdul Wahab susulan kenyataan Muhyiddin bahawa negara sudah kekurangan wang.
Dipetik laporan Malaysiakini, ADUN Pakatan Harapan (HARAPAN) itu juga mencadangkan agar jawatan duta-duta khas diberhentikan serta melakukan pemotongan elaun kepada pengerusi badan berkaitan kerajaan (GLC).
“Buat rombakan kabinet bagi mengurangkan belanja kerajaan dan dengan kurangnya menteri dan timbalan menteri, sudah tentu wang boleh digunakan untuk bantu rakyat dan pembangunan negara.
“Tidak ketinggalan buat pemotongan elaun untuk pengerusi GLC dan ada juga duta khas ini semua mesti diberhentikan kerana kita tidak melihat adanya fungsi dan mereka hanya setakat dapatkan elaun dan gaji tanpa berikan perkhidmatan,” katanya dipetik.
Muhyiddin dalam satu program bersama masyaraakat Sikh baru-baru ini berkata negara kini sudah tidak mempunyai wang yang banyak.
Ia susulan tindakan pentadbirannya membelanjakan banyak wang iaitu sebanyak RM600 bilion dalam Belanjawan 2021 dan beberapa pakej rangsangan yang diumumkan.
Sementara itu Sodi turut mengkritik saranan Muhyiddin supaya penjawat awam mewakafkan gaji mereka bagi membantu ekonomi negara sedangkan kerajaan dipimpinnya terpaksa membelanjakan wang yang sangat besar bagi membayar gaji para menteri yang sangat ramai.
“Jangan diminta pegawai kerajaan untuk potong gaji mereka sedangkan menteri dan timbalan menteri bergaji dengan jumlah yang tidak munasabah.
“Dari kerajaan cadangkan penjawat awam mewakafkan wang gaji, lebih baik buat rombakan kabinet,” jelasnya.
Muhyiddin yang merupakan Presiden Bersatu sebelum ini berkata, pelaksanaan wakaf tersebut sebagai sebahagian usaha supaya penjawat awam dapat memainkan peranan penting dalam membantu ekonomi negara.

![]() |
Rombakan perlu untuk jimatkan perbelanjaan |

0 Comments