BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa terlibat dalam rancangan untuk menumbangkang kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) yang dipimpinnya pada Feb tahun.
Dakwaan itu dibuat Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II P Ramasamy sambil menegaskan bahawa tindakan bekas Pengerusi parti Bersatu itu meletakkan jawatan perdana menteri menjadi sebab utama kerajaan HARAPAN tumbang.
“Mahathir sengaja berbuat demikian. Mahathir memang mempunyai rancangan untuk tidak memberi jawatan PM kepada Anwar.
"Sekiranya Mahathir tidak letak jawatan semasa krisis dan memberi laluan Anwar, HARAPAN kekal menjadi kerajaan pada hari ini," katanya dalam program Leaders Talking anjuran portal tempatan Vanakkam Malaysia seperti dilapor portal FMT.
Ramasamy sebelumnya diminta mengulas berhubung krisis politik tanah air pada Feb 2020 yang menyebabkan kerajaan yang mendapat mandat rakyat itu tumbang selepas 22 bulan pentadbiran dan digantikan dengan Perikatan Nasional (PN) yang diketuai Muhyiddin Yassin.
Sebagai rekod, Isu peralihan kuasa perdana menteri sebelum ini mencetuskan konflik terbuka dalam gabungan HARAPAN ketika itu, yang menyebabkan insiden berbalas kenyataan antara penyokong Anwar dan Mahathir.
Penyokong Anwar mahu peralihan itu disegerakan dan menekan Mahathir untuk memberikan tarikh tetap peralihan. Namun sebahagian penyokong Mahathir mahu ahli parlimen Langkawi terus memegang jawatan sehingga habis penggal.
Kemuncak kemelut itu berlaku apabila beberapa bekas pemimpin Parti KEADILAN diketuai Mohamed Azmin Ali mengumumkan keluar parti dan tindakan Muhyiddin membawa keluar Bersatu dari HARAPAN dan bekerjasama dengan bekerjasama dengan pihak lain, termasuk Umno dan PAS bagi membentuk kerajaan baru.
Kebanyakkan penyokong HARAPAN turut menyalahkan Dr Mahathir yang menurut mereka membuat keputusan tanpa membawanya ke Majlis Presiden untuk diputuskan.
Sementara itu, Ramasamy menolak Anwar sebagai punca kejatuhan HARAPAN.
"Ada sebab lain seperti Azmin (Ali) keluar KEADILAN. Muhyiddin tikam belakang Mahathir.
"Mungkin orang lain tidak berani berbincang perkara ini secara terbuka. Tapi, saya boleh beritahu Mahathir masih punca utama kejatuhan HARAPAN.
![]() |
Ramasamy dakwa Mahathir sengaja |
"Kami diitipu kerana mempercayainya. Mahathir khianati kami," katanya dipetik.
0 Comments