PIHAK berkuasa polis dilapor menyoal Tawfiq Ayman, suami kepada bekas gabenor Bank Negara (BNM), Zeti Akhtar Aziz semalam.
Tawfiq yang dipanggil memberi keterangan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman difahamkan disoal siasat kira-kira tiga jam.
The Edge melaporkan Tawfiq dan peguamnya, Jagjit Singh dilihat memasuki Menara KPJ di Jalan Tun Razak, yang menempatkan pejabat JSJK, kira-kira 10 pagi dan keluar selepas 1 tengah hari.
Laporan itu memetik sumber sebagai berkata, keterangan itu diambil Foo Wei Min, yang merupakan pegawai penyiasat untuk kes 1MDB.
Soal siasat itu turut disahkan Pengarah JSJK Bukit Aman Zainuddin Yaacob.
"Ya, dia dipanggil untuk rakam kenyataan dan bantu siasatan polis," katanya dipetik laporan Malaysiakini.
Februari lalu, polis Singapura dilapor memaklumkan BNM mengenai transaksi mencurigakan membabitkan sebuah syarikat milik suami dan salah seorang anak Zeti, dengan dana datang daripada akaun dikaitkan dengan ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho, yang juga dikenali sebagai Jho Low.
Ia membabitkan dana mencurigakan yang masuk ke akaun Iron Rhapsody Ltd, milik Tawfiq, dan salah seorang anaknya yang tidak dinamakan.
Sumber empat transaksi itu dilapor membabitkan dana daripada keuntungan yang diperolehi Jho Low dan sekutunya hasil daripada bon RM5 bilion 1MDB/TIA (Pihak Berkuasa Pelaburan Terengganu) yang diatur Ambank pada 2009.
Jabatan Hal Ehwal Komersial Polis Singapura berkongsi maklumat itu dengan BNM pada 2015 dan 2016. Zeti masih menjadi gabenor Bank Negara pada masa itu.
The Center for Combat Corruption and Cronyism (C4) baru-baru ini mempersoalkan sama ada Zeti, yang kini menjadi ketua Pemodalan Nasional Bhd, mengetahui transaksi yang dikatakan berlaku itu.
C4 juga mempersoalkan apakah bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mengetahui mengenai perkara itu ketika dia melantiknya dalam majlis penasihat kerajaan ketika pentadbiran HARAPAN.
Difahamkan, Tawfiq mungkin dipanggil semula minggu depan.
Tawfiq yang dipanggil memberi keterangan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman difahamkan disoal siasat kira-kira tiga jam.
The Edge melaporkan Tawfiq dan peguamnya, Jagjit Singh dilihat memasuki Menara KPJ di Jalan Tun Razak, yang menempatkan pejabat JSJK, kira-kira 10 pagi dan keluar selepas 1 tengah hari.
Laporan itu memetik sumber sebagai berkata, keterangan itu diambil Foo Wei Min, yang merupakan pegawai penyiasat untuk kes 1MDB.
Soal siasat itu turut disahkan Pengarah JSJK Bukit Aman Zainuddin Yaacob.
"Ya, dia dipanggil untuk rakam kenyataan dan bantu siasatan polis," katanya dipetik laporan Malaysiakini.
Februari lalu, polis Singapura dilapor memaklumkan BNM mengenai transaksi mencurigakan membabitkan sebuah syarikat milik suami dan salah seorang anak Zeti, dengan dana datang daripada akaun dikaitkan dengan ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho, yang juga dikenali sebagai Jho Low.
Ia membabitkan dana mencurigakan yang masuk ke akaun Iron Rhapsody Ltd, milik Tawfiq, dan salah seorang anaknya yang tidak dinamakan.
Sumber empat transaksi itu dilapor membabitkan dana daripada keuntungan yang diperolehi Jho Low dan sekutunya hasil daripada bon RM5 bilion 1MDB/TIA (Pihak Berkuasa Pelaburan Terengganu) yang diatur Ambank pada 2009.
Jabatan Hal Ehwal Komersial Polis Singapura berkongsi maklumat itu dengan BNM pada 2015 dan 2016. Zeti masih menjadi gabenor Bank Negara pada masa itu.
![]() |
Tawfiq dilapor hadir bersama peguam |

0 Comments