Hakim Mahkamah Rayuan tegur 'bahasa' peguam Najib

 


KETUA pembelaan Najib Razak, Muhammad Shafee Abdullah diberi teguran keras oleh Hakim ketika ketika rayuan untuk mengetepikan sabitan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mendapati bekas Perdana Menteri itu bersalah terhadap tujuh tuduhan rasuah dalam kes SCR International.

Hakim Abdul Karim Jalil yang mempengerusikan prosiding rayuan siang tadi memintanya Shafee menggunakan “kata-kata yang sopan” ketika mengkritik keputusan hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang mensabitkan Najib sebelum ini.

"Tolong gunakan perkataan yang sopan untuk menunjukkan di mana dia (Mohd Nazlan) tersilap.

Tidak perlu menggunakan frasa seperti hopelessly incompetent (begitu tidak kompeten) dan poisoned (meracun) penghakiman,” kata Karim, yang duduk bersama Has Zanah Mehat dan Vazeer Alam Mydin Meera.

 Hakim minta Shafee guna ungkapan lebih sopan


Shafee tambahnya boleh menggunakan ungkapan seperti “terkhilaf dari segi undang-undang dan “salah arah ” untuk menunjukkan kelemahan dalam penilaian Nazlan.


Pada 28 Julai tahun lalu, Nazlan menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun kepada Najib dan memerintahkannya membayar denda RM210 juta setelah mendapati dia bersalah atas tujuh tuduhan penyalahgunaan kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram berkaitan dengan RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.





Post a Comment

0 Comments