MALAYSIA gagal menarik pelaburan asing selektif dan berteknologi tinggi selepas disisihkan syarikat gergasi Facebook serta Google daripada projek mega di rantau ini, Kata Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Pembangkang itu berkata, kegagalan itu berpunca dari “Kebijaksanaan kerajaan dan ‘strategi’ (untuk menarik pelaburan asing secara selektif) yang akhirnya menyebabkan syarikat gergasi digital tersebut mengelak dan menyisihkan Malaysia.
"Malaysia sekali lagi disisihkan, dan mungkin inilah matlamat yang ingin dicapai pemerintah melalui strategi ‘selektif’ untuk menarik pelaburan asing dan meningkatkan keupayaan digital kita," katanya dalam kenyataan.
Anwar sebelumnya merujuk pengumuman Facebook dan Google baru-baru yang akan bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi rantau ini untuk membangunkan kabel dasar laut,
Pembangunan rangkaian komunikasi dikenali sebagai Echo dan Bifrost itu bertujuan meningkatkan keupayaan capaian internet antara Singapura, Indonesia dan benua Amerika Utara.
Difahamkan Malaysia tidak terlibat dalam projek mega ini, menurut Malaysia Internet Exchange (MyIX), kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah melarang kapal asing menjalankan kerja membaiki kabel dasar laut di negara ini.
Ia susulan keputusan menteri pengangkutan Wee Ka Siong yang membatalkan keputusan awal Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk pengecualian kabotaj seterusnya membenarkan kapal asing menjalankan kerja-kerja berkaitan dengan kabel internet dasar laut.
Sementara itu tegas Anwar, dasar kerajaan PN itu jelasnya telah mengakibatkan monopoli digital. Malaysia juga jelasnya tidak mempunyai keupayaan meningkatkan liputan telekomunikasi secara besar-besaran, yang penting bagi pembangunan ekonomi digital.
Walaupun menyokong pembangunan keupayaan teknologi tempatan, terutama melibatkan keselamatan negara, Anwar berkata bahawa beliau menentang monopoli yang menutup saingan seterusnya menjejaskan transformasi digital negara.
![]() |
Anwar menentang monopoli yang menutup saingan |
Rakyat Malaysia akan membayar harga yang tinggi dengan kadar kelajuan yang rendah," katanya.
0 Comments