KENYATAAN Menteri Luar Negeri Hishammuddin Hussein yang menggelar China "abang besar" kepada Malaysia mencetuskan polimik.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kenyataan itu sebagai satu penghinaan malah bertentangan daripada pendirian diplomasi antarabangsa yang diamalkan Malaysia sejak berdekad lamanya.
Gelaran begitu tegasnya tidak sepatutnya digunakan dalam diplomasi dan hubungan antarabangsa.
"Ini bukan bahasa dan gaya yang sepatutnya digunakan dalam dunia diplomasi dan hubungan antarabangsa kerana ia seolah meletakkan taraf Malaysia kepada hanya sebagai boneka asing.
"Sebagai negara yang berkecuali dan tidak memihak kepada mana-mana kuasa besar dunia, kenyataan beliau itu jelas suatu bentuk penghinaan terhadap negara kita sendiri," katanya Anwar melalui satu kenyataan.
Media sebelum ini melaporkan tindakan Hishamuddin menggelarkan China sebagai "abang besar" kepada Malaysia dalam satu sidang media bersama rakan sejawatnya Wang Yi.
"Menteri Luar harus segera memohon maaf kepada rakyat Malaysia lantas menarik balik kenyataan hambar tersebut," kata presiden KEADILAN itu lagi.
Sementara itu dalam perkembangan sama, beberapa pemerhati hubungan antarabangsa menggesa Kementerian Luar Negeri perlu menjelaskan istilah 'abang' yang digunakan Hishammuddin.
Mereka berkata penggunaan istilah itu boleh disalah tafsir bahawa Malaysia tunduk kepada China.
"Kementerian Luar Negeri digesa menjelaskan penggunaan terma hubungan 'abang-adik' yang boleh ditafsirkan sebagai China menjaga dan melindungi Malaysia manakala Malaysia mengalah dan tunduk kepada China.
![]() |
Hishammuddin mesti mohon maaf |
Kenyataan itu ditandatangani oleh alumni Kajian Antarabangsa Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Muhammad Ariff Mohamad Nizam, Strategic Studies & International Relations Researcher Group (Strategik) Ahmad Muziru Idham Adnan dan Koordinator Penyelidikan, Research for Social Advancement (Refsa) Fakhurrazi Rashid.
0 Comments