Bekas pemimpin, AJK Ulama PAS antara yang masuk KEADILAN


KEADILAN semakin mengukuhkan kedudukan mereka sebagai parti politik pilihan untuk semua golongan rakyat negara ini.

Semalam, Presiden Parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan penyertaan 15 individu mahir dalam bidang agama termasuk bekas hakim mahkamah Syariah kedalam parti yang dilihat lebih terbuka dalam mempertahan keadilan bagi semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan fahaman agama itu.

Penyertaan mereka diumumkan Anwar dalam satu sidang media di Seremban.

Difahamkan, mereka ialah bekas hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Baharum Hasbullah, bekas ADUN Dusun Tua, Razaly Hassan dan disertai beberapa orang pendakwah, bekas guru agama, bekas imam dan pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

Antara mereka adalah Felo Penyelidik Institut Islam Hadhari Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Shamsul Azhar Yahya dan Bekas Pensyarah Pensyarah Kanan UniKL City Campus, Azis Jakfar Soraji dan bekas Pegawai Agama di Jabatan Mufti, Negeri Sembilan, Ustaz Abdul Basit Abdul Wahab.

Atase Penikan di Jabatan Penuntut Malaysia, London dan Bekas Pensyarah Maktab Perguruan, Ariffin Omar; Penolong Pendaftar Perkahwinan Nikah dan Rujuk Negeri Pulau Pinang, Muhammad Fitri Othman dan Bekas pengawai IKIM dan penyampai radio ikim.FM, Zamri Zainal Abidin.

Guru Bahasa Arab dan Pendidikan Agama Islam, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Mohd Said, Seremban, Ustazah Salbiah Omar dan Bekas Pimpinan Persatuan Pelajar Islam Selangor, Fatimah Azzahra Mohamad.

Bekas Guru Penolong Kanan (Hal Ehwal Murid), Sekolah Menenegah Kebangsaan Seri Sendayan, Ustaz Salim Ahmad dan Pensyarah Jabatan Pengajian Islam UNISEL, Abdul Razak Aripin.

Turut menyertai parti itu ialah beberapa bekas pemimpin dari parti Islam se-Malaysia (PAS) termasuk bekas ketua Pemuda parti PAS Negeri Sembilan, Nor Azman Mohamad dan bekas ahli jawatankuasa Ulama PAS Seremban, Mohd Rais Mustafa Kamal.

Anwar dalam ucapannya berharap penyertaan golongan itu akan mendorong lebih ramai golongan pendakwah dan agamawan menyertai KEADILAN

"Mengapa kita dukung - suntikan penyertaan ulama, agamawan. Ini adalah kerana fahaman kita kepada Islam itu sebagai agama persekutuan.

"Pengisian yang boleh membawa kebaikan, yang mendorong perubahan menolak kebobrokan, rasuah, penyelewengan," katanya dipetik.

Sementara itu Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun yang turut hadir dalam sidang media itu berkata penyertaan golongan itu ke dalam KEADILAN memberi bukti bahawa perjuangan mereka disokong gerakan Islam.

Ia sekaligus menangkis momokan musuh politik ekstrim yang menuduh parti KEADILAN fahaman liberal, pluralisme dan tidak islamik.

"Sebenarnya kita KEADILAN ini sebenarnya disokong oleh gerakan-gerakan Islam yang kita sedia maklum dari awal dulu.  
 
"Kita dalam negara yang majmuk harus memikirkan masyarakat yang lain

"Bukan sahaja masyarakat Melayu Islamnya tetapi juga memikirkan masyarakat Cina, India dan pelbagai kaum yang ada di negara kita," katanya dipetik.

Sebagai rekod, KEADILAN merupakan parti politik berbilang bangsa paling besar dan berjaya di Malaysia.

Ia dianggotai pelbagai lapisan termasuk profesional, agamawan, budayawan, selebriti sehingga kepada rakyat biasa.

 KEADILAN berjuang untuk semua bangsa
Parti itu yang ditubuhkan sejak lebih 20 tahun lalu tidak menggunakan sentimen Agama dan Bangsa untuk menarik sokongan rakyat, sebaliknya mereka memperjuangkan isu keadilan sosial dan reformasi pentadbiran sebagai asas perjuangan mereka.

Berbanding parti yang telah wujud lebih lama, KEADILAN juga merupakan satu-satunya parti yang berjaya menubuhkan cabang (Cawangan)-nya di setiap kawasan Parlimen dlm Malaysia.

Cabang KEADILAN Tanjong Manis di Serikei, Wilayah Sarawak merupakan cabang ke-222 yang ditubuhkan pada November 2019.

Post a Comment

0 Comments