Adakah perbualan kita sedang di intip? soal bekas menteri


SEORANG bekas menteri mempersoalkan apakah rakaman perbualan yang didakwa membabitkan Presiden Umno dan Presiden KEADILAN yang didedahkan baru-baru ini merupakan hasil dari pengintipan panggilan telefon.

Zaid Ibrahim, yang merupakan bekas menteri undang-undang berkata, perdebatan semasa mesti melangkaui topik kemungkinan kerjasama antara Umno dan KEADILAN yang bukan kesalahan di negera ini.

Sebaliknya kata beliau, perdebatan kini seharusnya tertumpu kepada isu sama ada pelanggaran hak privasi melalui intipan perbualan di telefon telah berlaku di negara ini.

“Rakyat tidak sepatutnya terlalu teruja mendengar Zahid bercakap dengan Anwar, kerana tiada salahnya di situ. Bukannya mereka merancang sesuatu yang melanggar undang-undang.

“Isu sebenarnya adalah sama ada perbualan kita sedang diintip.

"Ini sangat membimbangkan, dan tidak seharusnya berlaku,” kata pengamal undang-undang itu.

Beliau sementara itu turut  menegaskan bahawa perbualan telefon biasa tidak boleh diintip kecuali pihak berkuasa mempunyai sebab-sebab tertentu untuk mengesyaki jenayah berat sedang dilakukan.

Kenyataan Zaid dikuatkan oleh pandangan peguam privasi Foong Cheng Leong yang dipertik laporan FMT,

Menurut Leong, kuasa untuk memintas komunikasi dan mengintip panggilan telefon biasanya hanya digunakan dalam kes yang melibatkan kesalahan serius seperti keganasan atau jenayah terancang. namun ia  hanya boleh dilakukan dengan izin.

Sebagai contoh, pemintasan dalam kes-kes bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 mesti mendapat kebenaran pendakwa raya.

Baru-baru ini, Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin berkata, kementeriannya akan menyiasat kesahihan rakaman audio itu, sementara polis sudah memulakan siasatan selepas beberapa laporan dibuat, dan mengirimkan salinan rakaman itu ke makmal forensik untuk menentukan kesahihannya.

Tidak diketahui sama ada polis menumpukan kepada mencari individu yang mengintip perbualan telefon tersebut atau mengenal pasti individu dalam perbualan itu.

Seorang pemimpin yang dikaitkan dengan Langkah Sheraton melalui laporan media dipetik berkata, beliau meyakinan suara dalam rakaman berdurasi 4 minit yang tular itu ialah suara Datuk Seri Anwar Ibrahim.

BACA: 
Azmin teruk kena hentam

Bagaimanapun, kenyataan Azmin itu yang cuba mengesahkan ketulenan rakaman audio itu memakan diri apabila wargenet bertanya kembali ketulenan beberapa klip video memaparkan aksi jijik hubungan dua lelaki homekseksual dalam sebuah bilik hotel yang tular pada 2019.

 Jika perbualan tulen, siapa yang intip?
Seorang lelaki, Haziq Abdul Aziz melalui satu rakaman video mengakui lelaki dalam rakaman tersebut dan mendakwa Azmin adalah pasangan dalam aksi itu.

Sebagai rekod pihak berkuasa tidak meneruskan pendakwaan atas penularan video itu alasan identiti individu dalam rakaman itu 'kabur'.

Post a Comment

0 Comments