SEORANG pemimpin Umno bertanyakan kepada pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai hasil siasatan mereka dalam isu membabitkan penularan satu rakaman audio yang mengaitkan Muhyiddin Yassin.
Mohd Puad Zarkashi yang merupakan Ahli majlis Kerja Tertinggi parti itu berkata, Rakyat tertanya-tanya sejauh mana siasatan dijalankan kedua-dua agensi penguatkuasaan itu bagi memastikan 'ketulenan' rakaman audio dikenali 'scheme of thing' itu.
“Sudah hampir setahun rakyat menunggu penjelasan SPRM dan polis mengenainya. Kenapa terlalu lama? Jangan senyap begitu sahaja,” kata Puad dalam catatan Facebook.
Rakaman audio 'Schame of thing' itu dirujuk kepada satu rakaman yang didakwa dicuri rakam secara sembunyi dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi parti Bersatu sejurus sebelum bermulanya langkah 'Sheraton' yang membawa kepada tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN).
Dalam rakaman audio yang tersebar di media sosial itu lepas, suara mirip Muhyiddin didakwa merancang untuk menawarkan kepada pemimpin Umno jawatan dalam kabinet dan GLC.
"Kalau dia (ahli parlimen Umno) tahu kerajaan baru nak terbentuk, Umno masuk, why don't you come in now, why don't you join us now rather than you join later? (Kenapa tak sertai kami sekarang, daripada sertai kemudian?)” kata individu yang mirip suara Muhyiddin itu.
“Dan kita bagi jawatan. Tak jadi menteri, jadi chairman of GLC.” kata individu itu lagi yang suaranya mirip Muhyiddin yang merupakan Presiden Bersatutu merujuk tawaran imbuhan bagi menarik mereka supaya menyokong parti pimpinannya.
Difahamkan sehingga kini Muhyiddin belum membuat sebarang penafian berhubung pendedahan rakam audio itu.
Sebagai rekod kira-kira 10 bulan lalu iaitu pada Julai, SPRM telah menghantar laporan awal siasatan kepada Jabatan Peguam Negara mengenai siasatan mereka terhadap rakaman 'Schame of thing ' itu.
BACA: Yakin Tulen - Azmin teruk kena hentam
Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki memaklumkan rakaman dibuat mengenai kesahihan rakaman audio itu dan sama ada kenyataan dalam audio itu mengandungi unsur kesalahan jenayah atau tidak.
SPRM menurut Azman sedang menunggu arahan lanjut dari Jabatan Peguan Negara bagi tindakan seterusnya.
![]() |
Hasil siasatan awal dihantar pada Julai lalu |
Ia menurutnya tidak mengikut hierarki parti dan tiada perbincangan dibuat mengenainya.
“Maka Pelantikan itu dilihat ada muslihat politik,” katanya lagi.
0 Comments